-->

Sebelah Sayap

Sunday 27 January 2013

PAS Pulau Pinang Sudah Memulakan Perang Dengan DAP


Bekas Ketua Pemuda Pas, Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin, berkata ahli akar umbi Pas kecewa dengan pendirian Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak keputusan Majlis Syura parti itu yang menegaskan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.

Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Malaysia turut mengecam sikap Anwar membelakangi pandangan ulama Islam semata-mata untuk menjaga rakan sekutunya, DAP.

Menurutnya pendiriannya itu menyebabkan beliau bakal mengalami detik sukar di kawasannya sendiri yang majoritinya Melayu-Islam, parlimen Permatang Pauh.

“Kalaulah dia sanggup perjudikan nasib dia di Permatang Pauh, kita cabar untuk dia ulang lagi dan ulang lagi. Kalau boleh datang buat ceramah besar-besaran di Permatang Pauh.

“Desak Pas supaya ikut keputusan 8 Januari iaitu keputusan yang dibuat oleh kononnya Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.

“Di kawasan Parlimen beliau yang kuat bekerja untuk memenangkan beliau adalah ahli-ahli Pas. Dan tinjauan secara rawak yang kami dah buat, ahli-ahli Pas di Pulau Pinang memang sangat kesal dengan desakan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang dan juga Azmin.”katanya kepada Buletin Utama, TV3, 25 Januari.

Hafiz seperti dilaporkan FMT, akar umbi Pas tidak berani untuk mengemukakan bantahan secara terbuka, namun suara-suara ketidakpuasan hati mereka berhubung isu kalimah Allah diluahkan kepadanya.

“Ahli PAS termasuk saya mengutamakan displin parti. Saya tidak akan tinggalkan PAS kerana perjuangan saya adalah menegakkan Islam, cuma saya lantang dan saya sanggup mewakili mereka yang tidak berpuas hati bersabit isu ini,” katanya.

Hafiz berkata tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh memanggil satu lagi mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengiktiraf keputusan Majlis Syura itu.

“Ia menunjukkan sejauh mana Anwar menghormati PAS sebagai parti Islam, kami amat berdukacita dengan keputusan beliau,” katanya lagi.
 
Selanjutnya di blog BroJinggo

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...