-->

Sebelah Sayap

Monday 19 March 2012

Robohkan Madrasah Salihiah!! Roboh!! Roboh!!

Kau hilang tiada pengganti, serupa namum tidak sama. Itulah yang bole mat ungkapkan jika madrasah Salihiah nie dirobohkan dan dibina di suatu tempat lain yang tidak tahu di mana. Wang pampasan dari kerajaan negeri sebanyak RM1.48 juta yang diberikan kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) selaku pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep istibdal  bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanfaat kepada umat islam. 

Madrasah Salihiah


Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah menyatakan madrasah nie terpaksa dirobohkan atas sebab ingin membolehkan PROJEK AMAN SENTRAL diteruskan bagi membolehkan peluang pekerjaan kepada 2000 orang penduduk. Namun apa yang mat nampak disini, projek ini dapat dilaksanakan di tempat lain. Mengapakah tapak Madrasah Salihiah nie jugak menjadi mangsa?? Benar kata Datuk Azizan, madrasah boleh dibina di tempat lain dan boleh dibesarkan serta juga bakal menampung jumlah jemaah yang ramai hingga membolehkan solat jumaat di adakan disana. Namun, nilai madrasah itu sebenarnya sudah hilang. Biarpun wajah madrasah yang sama bentuk, kapasiti dan sebagainya adalah sama, namum nilai yang terdapat pada madrasah yang bakal dibina tue tak sama. Walaupun madrasah yang berusia lebih 100 tahun nie pernah diubah suai pada tahun 2007, dibina didalam satu kedai yang disewakan kepada syarikat insuran. Namun, wang sewanya tetap mengalir kepada madrasah itu sendiri. 


Tak silap mat penah baca dekat harakah yang beriya-iya menyataka


namun kini dengan arus pembangunan yang pesat dan tidak mahu ketinggalan dengan negeri-negeri yang dipegang pakatan rakyat yang sememangnya sudah tertinggal nun jauh dibelakang. Kata-kata yang mereka gah perkatakan kini makin layu dan longlai sehingga kini membenarkan mereka membuat perkara yang sama. Mat juga tidak faham dengan majlis fatwa kedah kerana membenarkan madrasah Salihiah Keranchut nie dirobohkan. 

Walaupun madrasah nie sebenarnya tidak menampung ramai jemaah oleh sebab perumahan disana tidak terdapat ramai orang islam, namum jangan dihapuskan tempat jemaah yang sedikit nie. Sebab inilah tempat mereka nie merapatkan hubungan antara satu dengan yang lain. Walaupun sedikit bilangan jemaahnya, madrasah nie tetap hidup dengan pelbagai aktiviti untuk jemaahnya. Cuba korang bayangkan jika madrasah nie dirobohkan?? Macam mana dengan hubungan jemaah nie?? macam mana mereka nak bersama?? DI mana mereka ingin bersembahyang bersama-sama?? sebenarnya masjid...surau..menjadi tempat yang paling baik untuk umat islam menjalinkan ukhuwah sesama insan. 

Buat pengatahuan korang, berdekatan madrasah nie terdapat sebuah gereja St Micheal Catholic Church. Mengapa tidak dirobohkan sahaja gereja nie dan dialihkan ke tempat yang lain?? Sama seperti yang dilakukan kepada madrasah nie?? Apakah rasional mereka nie?? Gereja yang dibina boleh diubah disebabkan tanah gereja nie bukan hak milik persendirian, namum tanah madrasah nie adalah tanah persendirian yang diwakafkan untuk kegunaan awam. Mengapakan madrasah nie menjadi tempat strategik untuk pembangunan projek dan bukan gereja?? walhal jarak antara gereja dan madrasah nie bukan laa jauh sangat. Nampak tak permainan mereka nie?? 



Mat sekarang tengah membuat follow up tentang kes madrasah nie, setakat nie sahaja yang mat dapat share dengan korang. Ada ape-ape berita nanti mat akan update dengan korang.

P/S: Pegang pada kata-kata kamu, jika tidak kata-katamu itu akan memakan diri sendiri. renung-renungkan dan selamat beramal.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...