A
Alhamdulillah pelajar tingkatan tiga yang diberitakan hilang semasa membeli kad topup kini telah ditemui :
Pelajar disyaki diculik dikatakan selamat
(Gambar & Berita: Sinar Harian)
KUANTAN - Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lepas dipercayai selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya. Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu.
"Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis. "Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.
"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi," katanya. Ketua Polis Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. - Bernama
Sila ambil perhatian atas setiap apa yang berlaku disekeliling kita, mat sarankan beberapa perkara yang perlu di ambil kira untuk membenteras masalah yang selalu jadi dekat negara kita nie...
1) Jerit Untuk Minta Bantuan
Sekiranya ada orang menarik anda menaiki kereta atau memasuki bangunan secara paksa, jeritlah sekuat hati; “tolong! Saya tidak kenal orang ini!” penculik tidak dapat bertindak sekiranya ramai orang yang memerhati.
2) Sentiasa Berteman
Keselamatan kita lebih terjamin sekiranya kita didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan. Orang yang tidak dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan. Jadi, jangan biarkan diri anda tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa, kakak, abang atau kawan-kawan boleh dijadikan teman (buddy).
3) Peraturan Sentuhan
• Tiada siapa yang boleh menyentuh bahagian sulit anda kecuali untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Tiada sesiapa yang boleh menyuruh anda memegang bahagian sulit anggota badan mereka
• Sekiranya anda berasa keliru atau tidak selesa dengan cara orang lain membuat sentuhan cakap dengan jelas penolakan anda...katakan TIDAK, atau LARI
• Beritahu kepada orang dewasa yang anda percayai
4) Katakan TIDAK!!
Kebiasaannya, orang yang tidak dikenali akan mengambil kesempatan dengan menghulurkan gula-gula dan hadiah atau mereka-reka cerita untuk menarik perhatian kanak-kanak. Katakan tidak atau tolong jangan ganggu saya dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin. Jangan mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran ibu bapa.
5) Nombor Telefon
Pastikan anak anda menghafal nombor-nombor penting seperti nombor telefon rumah / nombor telefon bimbit anda. Ini dapat membantu sekiranya anak ini hilang atau terpisah daripada keluarga.
6) Pakai Pakaian Berwarna Cerah
Pakaikan pakaian yang berwarna cerah atau yang senang dikenali oleh ibu bapa. Ini akan memudahkan anda mencari mereka ketika berada di tengah-tengah kelompok orang ramai terutamanya di pusat membeli belah. Warna yang dicadangkan adalah warna terang seperti oren, merah, kuning dan sebagainya.
P/S: Terima kasih kepada sister Jai atas sumber ini, terima kasih sangat mat ucapkan kepada sis jai..