Tahniah dan Syabas!! Walaupun jumlah yang hadir pada Larian Aman Palestine UM tidak laa ramai mana, namun semangat yang ditunjukkan oleh mahasiswa yang hadir telah menyentuh hati dan sanubari mat. Program Larian Aman Palestine nie bertujuan untuk menunjukkan sokongan kepada kempen Aman Palestine dan juga kepada Solidariti Mahasiswa Utara (SMU).
Program yang telah dikendalikan oleh beberapa mahasiswa dari pusat sukan yang dengan sukarela nye menawarkan diri untuk menjadi pengendali program. Zaman sekarang nie bukan senang nak dapat orang yang boleh buat kerja secara sukarela. SO!! mat ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara-saudara dari pusat sukan nie kerana sudi untuk menjadi pengendali program.
Larian Aman Palestine nie telah dihadiri beberapa orang presiden kolej-kolej kediaman, dan mantan exco MPMUM. Sokongan yang mereka berikan ini amatlah dihargai. mereka nie sanggup untuk berlari ke sana ke mari pergi sana pergi sini untuk menunjukkan sokongan terhadap program nie.
Presiden Kolej Kediaman ke-12 tidak terkecuali untuk menyertai
Sesi memanaskan badan..
Acara tarik tali pon ada.. best kot!! haha
Sebahagian dari 60 orang peserta yang menyertai program.
Tanda Sokongan kepada Aman Palestine.
P/S: Mat rasa korang patut join program macam nie lain kali, bukan ada rugi apa-apa pon. paling tidak korang dapat menyihatkan badan dan dapat release tension sket bile dapat bersama-sama dengan warga kampus yang lain.