-->

Sebelah Sayap

Monday 19 March 2012

Adik Nur Fatihah Pula Mangsa Terbaru.

Malaysia digemparkan dengan berita terbaru. Siti Nur Fatihah Mahadi merupakan pelajar tingkatan 3 yang menjadi mangsa terbaru kes penculikan. Mangsa dikatakan diculik semasa ingin membeli kad tambah nilai bersama-sama dua orang adiknya. Siti Nurul Aishah serta Mohd Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun merupaka adik mangsa yang bersama-sama pergi ke kedai ketika itu.



Ibu mangsa iaitu Nor mala,34 ketika menceritakan bagaimana adik-adik mangsa pulang dari kedai tanpa kehadiran kakaknya. Adik-adik mangsa pulang dalam keadaan menangis dan memberitahunya bahawa kakak kesayangannya itu telah dilarikan orang. Mangsa dipercayai dibawa lari oleh tiga orang induvidu termasuk seorang wanita yang menaiki sebuah kereta jenis honda berwarna hitam.

adik nur fatihah


Bagi sesiapa yang mengetahui sebarang maklumat sila melaporkan perkara nie kepada balai polis berhampiran. Kerjasama anda adalah sangat diharapkan. Mat harap kita mengambil serius perkara-perkara sebegini.

P/S: Jagalah anak dara anda elok-elok, walaupun sudah bergelar remaja, dia masih merupakan insan lemah bergelar perempuan.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...