-->

Sebelah Sayap

Tuesday 13 March 2012

MAJLIS ANAK DS NAJIB DITAJA??!!

adoiii..lepas satu-satu cerita yang keluar..tak habis dengan cincin RM24 juta, kini majlis pertunangan anak DS Najib pulak kene penangan..kali ini kerja dari NGO Jingga 13. Masa Mat nak gi hantar surat dekat Putrajaya tadi, mat lepak kejap dekat depan Masjid Tuanku Mizan untuk mencari ketenangan dalam kepenatan seharian bekerja. Tup-Tup.. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membawa berita kurang menyenangkan..NGO Jinggo 13 membuat laporan kepada SPRM berhubung kerajaann membiayai majlis pertunangan anak DS Najib. Katanya, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah membiayai segala perbelanjaan yang sepatutnya menggunakan duit DS Najib serta keluarga dan bukannya dari duit rakyat.


nie pulak kenyataan dari ketua Jingga 13, Fariz Musa ketika membuat laporan di pejabat SPRM di Shah Alam kepada Malaysiakini.


sumber adalah dari Malaysiakini.


ok. dibawah nie adalah satu penyata dari Shangri La hotel yang dikatakan menyediakan katering untuk majlis pertunangan anak perempuan DS Najib iaitu Nooryana Najwa dengan pasangannya Daniar Nazarbayev.




sumber penyata dari Shangri La hotel ini adalah diperolehi daripada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Menurut Rafizi, kos majlis itu menalan belanje RM409,767 .  Dekat sini mat nak cakap ada percanggahan yang berlaku antara dua jenis manusia ini, NGO Jingga 13 cakap dekat Seri Perdana dan seorang lagi cakap   dekat Shangri La hotel. Nampak tak permainan kotor puak-puak nie?? mereka tidak merancang sesuatu dengan teliti sampai terkantoiii. Kenapa laa asyek kantoi je perbuatan diorunk nie. Haish..kalau benda macam nie pon diorunk boleh bercanggah, cuba korang bayangkan kalau puak-puak nie mentadbir nagara?? PERGH!!!! boleh hancur beb negara.. maybe time tue mat dah tak jadi despatch.. maybe jadi suri rumah je kot. HAHA!!

ok. mat sambung balik, sumber dari BERNAMA menyatakan bahawa majlis pertunangan Nooryana Najwa dengan pasangannya adalah di kediaman rasmi perdana menteri iaitu di Seri Perdana, Putrajaya. Maka, perancang strategi PKR telah tersungkur akibat penipuan yang dilakukan kerana memberikan penyataan palsu. MALU!! kehkehkeh!!

Pada pendapat mat, kehadiran NGO Jingga 13 nie adalah untuk cover kesalahan yang dilakukan oleh Rafizi. Yelah, puak-puak diorunk nie kalau dah kantoii memang cepat-cepat cover. Takkan laa diorunk nie nak biarkan lubang mereka nie bocor bodoh-bodoh je. kene ada backup plan. 

Apa-apa pon kita tunggu maklum balas dari DS Najib. Dia cakap PMO akan mengeluarkan laporan tentang hal nie dalam waktu terdekat nie. kita tunggu je laa...

Mat pon hairan laa..apalah nasib DS Najib nie, lepas satu..satu lagi yang datang..Mat nak bagitau laa semua, DS nie bukan laa seorang yang papa kedana ketika menyertai bidang politik manakala Rosmah pulak bukan laa gadis desa yang hanya tahu pergi ke sawah menolong ibu bapa sahaja. Mereka nie adalah orang yang well educated punya orang laa..So, biarlah berapa banyak yang mereka mahu belanjekan.. Takkan laa semua yang mereka buat nie adalah menggunakan duit rakyat.

ok, mat kene tido awal..esok nak kene kerja lagi..tak tau berapa banyak surat nak kene hantar esok..

P/S: Ingatlah bahawa setiap perkara yang kita lakukan diperhatikan oleh Yang Maha Esa!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...