-->

Sebelah Sayap

Tuesday 27 March 2012

Mengapa Saudara Khairul Nizam DiPukul??!!!

Mat berasa amat kecewa dengan sikap Pro-mahasewel nie, mereka tidak patut untuk menghukum khairul nizam atas keputusan yang dia lakukan. Dia berubah kerana hati nya tidak lagi selari dengan perjuangan Pro-Mahasewel. Mengapa dia perlu dihukum??? Adakah dia telah memilih jalan yang salah?? adakah dia ada mengganggu sesiapa?? memukul sesiapa?? tidak ada kan??


Khairul Nizam memilih Aspirasi kerana hatinya


Saudara Khairul Nizam memilih untuk menjadi aspirasi kerana dia nampak perjuangan aspirasi. Dia tidak memburukkan Pro-Mahasewel. Dia hanya menyatakan kebenaran dalam hal nie. kenapa perlu dia dihentam?? adakah keputusan yang dia lakukan untuk dirinya perlu persetujuan dari ramai pihak?? mat rasa kalau begitulah cara Pro-Mahasewel, tidak akan wujud demokrasi yang mereka selalu laungkan. malahan laungan demokrasi kampus itu hanya retorik politik sahaja.

Pengakuan Saudara Khairul Nizam


Baru sahaja khairul nizam, atau lebih dikenali sebagai aji dalam kalangan kawan rapatnya menyatakan yang beliau tidak lagi sebulu dengan Pro-Mahasewel kerana wadah perjuangan yang dilaungkan oleh Pro-Mahasewel adalah omong kosong dan janji manis untuk menarik minat golongan mahasiswa. mat sokong khairul nizam nie, dan mat lihat ramai lagi yang menyokong khairul nizam nie..walaupun dia di ancam namun dia tetap tabah mengharungi hidup baru sebagai pejuang aspirasi!



Aspirasi akan sentiasa bersama dengan khairul Nizam!! Aji, kuatkan semangat kau..bila kita sudah berubah ke arah sesuatu yang baik, maka teruskan laa perjalanan itu dan percayalah jalan yang kau pilih nie adalah jalan yang terbaik!! Mat takde hal nak support orang macam aji nie, ada pengetahuan duniawi dan ukhrawi.. macam nie laa pemimpin yang kita perlukan sebenarnya..

korang nak tahu lebih lagi baca dekat SINI.....

P/S: Buat saudara Khairul Nizam, perjuanganmu lagi bermakna dari perjuangan Si Pemberi Batu Nisan Syahid, lagi baik dari Best Actor Safwan Anang dan sememangnya lagi bermaruah dari Si Penurun Bendera Adam Adli!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...