-->

Sebelah Sayap

Thursday 22 March 2012

Propaganda Jahat!!

Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) telah mengutuk keras tindakan kerajaan negeri terengganu yang telah mengenakan  tindakan kepada 6 MAHASISWA yang telah menyertai demonstari di Mesir. Mat agak-agak, mereka nie tak tahu yang duit yang kerajaan negeri terengganu bagi tue duit rakyat. Kerajaan nak tengok diorang nie berjaya dekat luar negara dan bantu masyarakat dekat malaysia. Kerajaan tak nak tengok manusia-manusia yang terpilih nie pelajarannya diabaikan. So, memang wajarlah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri tue.

Ahmad Said

Mereka nie dikenakan tindakan kerana didapati telah bersalah kerana menyertai demonstrasi mendesak kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan bersih 2.0. Perkara nie diambil serious oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan tindakan membatalkan serta merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu.

Pelajar di Mesir Yang Berdemonstrasi

Objektif Utama mereka ke Mesir telah lari


Cuba bayangkan jika mereka nie tak dapat menghabiskan kursus yang diikuti?? Duit rakyat yang digunakan dan disalurkan kepada mereka nie akan habis begitu sahaja. Buat pengetahuan korang, mereka yang belajar di luar negara dan ditaja oleh penaja nie menggunakan duit rakyat sepenuhnya. Di luar negara tidak mempunyai subsidi pendidikan seperti yang ada di malaysia. Yuran pendidikan meraka adalah sangat mahal tanpa subsidi kerajaan. Jika mereka gagal menghabiskan kursus mereka, maka telah banyak duit yang akan dibazirkan. 

Persoalannya di sini, bukankah mereka nie telah menyalah gunakan duit rakyat jugak?? kenapa ianya tidak ditentang? kenapa mereka perlu dibela? hanya kerana mereka nie masih penuntut? Di sebabkan mereka nie masih belajarlah kita perlu mengambil tindakan ke atas mereka. Jika tidak, bilakah lagi kita akan mengambil tindakan ke atas mereka? Jika mereka tidak dapat menamatkan pengajian mereka, bukan sahaja wang malahan masa dan keringat yang diperah juga dibazirkan.

Mat rasa tindakan yang diambil oleh kerajaan terengganu nie adalah satu pengajaran yang terbaik buat mereka. Tindakan nie akan mengajar mereka erti berterima kasih dan bersyukur atas bantuan yang diberikan. Bukan mereka sahaja yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi ramai lagi yang mempunyai peluang yang sama seperti mereka. Mereka dikira sebagai bertuah kerana mendapat peluang yang sukar didapati oleh kebanyakan orang, oleh sebab tue belajarlah elok-elok.

P/S: mat nak pesan dekat adik-adik yang sedang belajar diluar negara tue, dah habis belajar nanti nak demo, nak buat ape je buat laa. yang penting habiskan dulu pengajian tue dulu. ok??




Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...