Mat berasa sedih atas insiden yang berlaku dalam Dewan Parlimen yang baru sahaja berlangsung. Mangsa kejadian tembak di Dewan Parlimen baru ini adalah dari ahli parlimen Pokok Sena. haha..korang mesti tau laa sapa orang nie. Mangsa yang kejadian yang di maksudkan adalah Yang Ber Tak berapa hortmat Mahfuz Omar.
Sebelum insiden hebat ini berlaku, terdapat beberapa edisi pertempuran di dalam Dewan Parlimen diantara Barisan Nasional dengan Pembangkang. Bertalu-talu peluru yang dilepaskan oleh pembangkang bagi membunuh DS Najib. Sebagai respon balas, ahli parlimen dari Barisan Nasional telah membalas tembakan demi tembakan untuk mempertahankan perdana menteri. Dan di saat ketegangan berada dipuncak, penembak jarak jauh dari Pokok Sena tidak berpuas hati dengan tembak balas yang telah dilepaskan oleh perdana menteri, Mahfuz telah melepaskan satu das tembakan tepat ke arah perdana menteri. Peluru itu telah menyampaikan status nasib 36 orang penjawat awam yang telah menandatangani kontrak Skim Saraan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Selaku penembak yang berpengalaman, DS Najib mengambil tindakan untuk tidak membalas tembakan yang dilepaskan dari jarak jauh itu. Buat pengatahuan korang suma, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan SBPA dan skim saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM). DS Najib mendakwa soalan yang diajukan oleh pembangkang itu mempunyai motif yang tertentu. Dan DS Najib dengan tenang telah menembak Mahfuz secara diam. Peluru DS Najib..
HAHA!! Nak jadi hero kepada golongan minoriti?? Kerajaan mengambil kira mejoriti, kalau diambil kira minoriti...Kemungkinan besar golongan mejoriti nie akan mengambil langkah yang diluar jangkaan. Alaa, kalau nak ambil kira pasal golongan minoriti nie, kerajaan tidak mungkin akan ditubuhkan. Hal ini kerana, untuk membina sebuah kerajaan kita mesti mempunyai suara mejoriti. bukan suara minoriti.
Back On Track!! haha..dah jauh jalan nie..Disebabkan terlalu banyak tembakan yang menjurus kepada kepentingan politik dan bukan isu rakyat yang didebatkan, Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan kepada kedua-dua belah pihak mahupun pembangkang ataupun kerajaan untuk duduk dengan sopan santun dan berhemat. hehe..
P/S: Berhati-hati ketika menembak, anda mungkin diperhatikan!!