-->

Sebelah Sayap

Wednesday 14 March 2012

Ibu Adik Nurul Nadirah Merancang Untuk Pindah??

Allahyarham adik Nurul Nadirah

Sedih dalam hati mat masih belum terubat apabila mengetahui kes kematian adik nurul nadirah. Mat nak kongsi dengan semua rakyat malaysia apa yang ibu adik nadirah nie rasa.

Roselyn Alan ibu kepada mangsa kekejaman terbaru

Roselyn Alan adalah ibu kepada kanak-kanak malang yang tekah menjadi mangsa kekejaman bunuh dan bakar yang berlaku. Ibu yang berusia 25 tahun nie masih lagi merasa sedih atas pemergian allahyarham adik nurul nadirah. Mat dapat rasakan bagaimana perasaan seorang ibu yang kehilangan anak yang dikandung selama 9 bulan lebih dan dijaga sehingga berusia 5 tahun. Pemergian adik nurul nadirah nie pasti meninggalkan ruang kosong di dalam hati ibunya. 

Ibu allahyarham adik nurul nadirah merancang untuk berpindah ke tempat lain kerana berasa amat sedih apabila mengingat kembali detik bersama allahyarham di rumah lebih-lebih lagi disuatu sudut yang memang menjadi spot untuk allahyarham adik nurul nadirah nie bermain. Rumahnya kini adalah di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam. Allahyarham adik nurul nadirah nie dirumah lebih mesra dengan penggilan nama Dirang.  

Harapan Roselyn Alan, adalah agar pembunuh yang tidak berhati perut malah lebih teruk lagi dari hati binatang ini agar diberkas dan diheret ke tali gantung. Walaupun begitu, ibu nie redha atas pemergian anak kesayangannya.

sumber dari BERNAMA.

P/S: Mat mendoakan agar keluarga allayarham adik nurul nadirah bersabar dalam menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah. Al-Fatihah kepada adik nurul nadirah

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...