Korang layan mesej yang ingin disampaikan nie..hehe..Mesej kali nie lebih gempak dari yang sebelumnya..
Kematangan mahasiswa yang dicari semasa jelajah aman kampus semakin dirasai.. dekat mana laa mat boleh jumpe mahasiswa yang lebih matang dari nie..haha..matang yekk yang mat carik..bukan tua.. kalau tua tue adalah Si Pemberi Batu Nisan..hahaha..tapi mat taknak cari dia pon..hahaha..
OK. mat dengar anuar ibrahim nak mansuhkan PTPTN jika menang PRU-13. Dia boleh bodohkan penyokong Pro-Mahasewel tetapi bukan pelajar yang fokus dan pentingkan pada pelajaran. Bila anuar umumkan je hal nie, mahasewel nie sudah bersorak kegembiraan.
Tetapi adakah pernah mereka nie berfikir jika anuar nie memang pejuang rakyat malaysia, dia sudah melakukan hal nie 14 tahun yang lalu semasa dia bergelar menteri kewangan di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir. Menteri Kewangan mempunyai kuasa penuh untuk melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan kewangan. Kenapa baru kini dia ingin memperjuangkan PTPTN, dia buat benda nie sebab nak undi je. Sebenarnya dia tidak akan melakukan perkara nie dan semua nie hanyalah janji kosong. Dia menjanjikan ISA DIHAPUSKAN, tapi ISA DAH MANSUH. dia janji nak hapus AUKU, tapi AUKU MANSUH.
Anuar hanya menawarkan janji-janji palsu, dia berjanji namun dia tidak pernah kotakan setiap janjinya kepada rakyat.
Korang nak tengok berapa ramai mahasewel yang mementingkan diri sendiri semasa satu ujian diakan di laman facebook??
ada yang sokong jadi biasiswa?? mat gelar orang macam nie pentingkan diri.
Setiap tahun RM8.1 billion digunakan bagi PTPTN membiayai mahasiswa dan mahasiswi. Cuba bayangkan setiap tahun amaun yang sama dibelanjekan oleh negara tanpa pulangan?? RM8.1 Billion is not a small amount.. Anuar pon tahu hal nie, dia hanya memancing minat golongan muda. Bagi anuar, setiap perkara adalah mainan politik.
P/S: korang adalah mahasiswa dan mahasiswi bijak, jangan laa mudah terpedaya dengan mereka nie. Diluar negara yuran yang dikenakan terhadap pelajar Universiti adalah lebih mahal dari korang dan TANPA SUBSIDI!!!
Tahniah dan Syabas!! Walaupun jumlah yang hadir pada Larian Aman Palestine UM tidak laa ramai mana, namun semangat yang ditunjukkan oleh mahasiswa yang hadir telah menyentuh hati dan sanubari mat. Program Larian Aman Palestine nie bertujuan untuk menunjukkan sokongan kepada kempen Aman Palestine dan juga kepada Solidariti Mahasiswa Utara (SMU).
Program yang telah dikendalikan oleh beberapa mahasiswa dari pusat sukan yang dengan sukarela nye menawarkan diri untuk menjadi pengendali program. Zaman sekarang nie bukan senang nak dapat orang yang boleh buat kerja secara sukarela. SO!! mat ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara-saudara dari pusat sukan nie kerana sudi untuk menjadi pengendali program.
Larian Aman Palestine nie telah dihadiri beberapa orang presiden kolej-kolej kediaman, dan mantan exco MPMUM. Sokongan yang mereka berikan ini amatlah dihargai. mereka nie sanggup untuk berlari ke sana ke mari pergi sana pergi sini untuk menunjukkan sokongan terhadap program nie.
Presiden Kolej Kediaman ke-12 tidak terkecuali untuk menyertai
Sesi memanaskan badan..
Acara tarik tali pon ada.. best kot!! haha
Sebahagian dari 60 orang peserta yang menyertai program.
Tanda Sokongan kepada Aman Palestine.
P/S: Mat rasa korang patut join program macam nie lain kali, bukan ada rugi apa-apa pon. paling tidak korang dapat menyihatkan badan dan dapat release tension sket bile dapat bersama-sama dengan warga kampus yang lain.
HAHA!! mat rasa lucu apabila mendengar kepala-kepala otaii Pro-Mahasewel nie merancang untuk mengajak Saudara Khairul Nizam untuk berdebat..
Nie semua gara-gara video hangat yang sedang rancak dimainkan di blog dan facebook. Kenyataan yang dibuat oleh saudara Khairul Nizam berkenaan Pro-Mahasewel nie membuatkan ramai kepala-kepala hardcore butthurt dan tidak senang duduk.
mat merasakan bahawa mereka berasa terancam dengan kehadiran video nie, yelah bukan senang untuk kita melihat orang penting dalam Pro-Mahasewel nie bertukar arah. cer korang bayangkan safwan anang buat kenyataan dia join line aspirasi dan bongkar segala rancangan Pro-Mahasewel, tak kelam kabut pulak seluruh Presiden Pro-Mahasewel nie. Khairul Nizam nie baru orang penting dalam UTM, belom lagi yang betol-betol hardcore macam Si Syahid.
Buat pengatahuan korang laa, saudara aji nie telah dipukul oleh 2 orang penyokong tegar Pro-Mahasewel dari 6 orang yang telah datang ke bilik saudara aji. korang dapat bayangkan tak?? mat botol datang ramai-ramai rumah korang dan pukul korang. korang tak rasa pelik ke?? perlu laa sampai semua benda nie jadi. Kalau betol perjuangan diorang nie telus, kenapa diorang perlu rasa takot dengan video nie?? BERANI KERANA BENAR, TAKOT KERANA MEMANG PENAKOT DAN SALAH.
Bukan sekadar itu sahaja, blogger Harapan-Esoktelah berjaya menjejaki beberapa blogger Pro-Mahasewel yang telah menfitnah saudara aji. Korang boleh baca tentang FITNAH DAJJAL yang disebarkan oleh blogger Pro-Mahasewel dekat SINI
SI Pemberi Batu Nisan
Pelakon Cacat Terbaik
SO?? akibat butthurt yang melampau, Si Pelakon Hebat Safwan Anang, dan Si Pemberi Batu Nisan Syahid Zaini telah mencabar saudara aji untuk berdebat. Like Father Like Son, Anuar cabar DS Najib debat, Safwan dan Syahid selaku anak didik kene laa ikot sama..kalau tak..trademark bapak hilang laa..HAHA!!
Korang tunggu je update untuk debat nie..apa-apa pon mat harapkan saudara aji dapat berfikir dengan rasional untuk menerima cabaran debat nie..maybe boleh jadi platform untuk terbaik menarik kembali kepercayaan mahasiswa kepada ASPIRASI..
Korang rasa tak puas hati lagi dengan apa yang mat dah share?? klik sini untuk tau lebih lagi.
P/S: Please laa jadi matang sikit boleh tak?? korang boleh memburuk-burukkan ASPIRASI dengan pelbagai cerita palsu yang dicanang, tapi budak-budak ASPIRASI tak pulak gi pukul korang kan?? Asal korang sentuh budak ASPIRASI?? KORANG TAK ADA HAK UNTUK MEMUKUL SAUDARA AJI!!
Mat berasa amat kecewa dengan sikap Pro-mahasewel nie, mereka tidak patut untuk menghukum khairul nizam atas keputusan yang dia lakukan. Dia berubah kerana hati nya tidak lagi selari dengan perjuangan Pro-Mahasewel. Mengapa dia perlu dihukum??? Adakah dia telah memilih jalan yang salah?? adakah dia ada mengganggu sesiapa?? memukul sesiapa?? tidak ada kan??
Khairul Nizam memilih Aspirasi kerana hatinya
Saudara Khairul Nizam memilih untuk menjadi aspirasi kerana dia nampak perjuangan aspirasi. Dia tidak memburukkan Pro-Mahasewel. Dia hanya menyatakan kebenaran dalam hal nie. kenapa perlu dia dihentam?? adakah keputusan yang dia lakukan untuk dirinya perlu persetujuan dari ramai pihak?? mat rasa kalau begitulah cara Pro-Mahasewel, tidak akan wujud demokrasi yang mereka selalu laungkan. malahan laungan demokrasi kampus itu hanya retorik politik sahaja.
Pengakuan Saudara Khairul Nizam
Baru sahaja khairul nizam, atau lebih dikenali sebagai aji dalam kalangan kawan rapatnya menyatakan yang beliau tidak lagi sebulu dengan Pro-Mahasewel kerana wadah perjuangan yang dilaungkan oleh Pro-Mahasewel adalah omong kosong dan janji manis untuk menarik minat golongan mahasiswa. mat sokong khairul nizam nie, dan mat lihat ramai lagi yang menyokong khairul nizam nie..walaupun dia di ancam namun dia tetap tabah mengharungi hidup baru sebagai pejuang aspirasi!
Aspirasi akan sentiasa bersama dengan khairul Nizam!! Aji, kuatkan semangat kau..bila kita sudah berubah ke arah sesuatu yang baik, maka teruskan laa perjalanan itu dan percayalah jalan yang kau pilih nie adalah jalan yang terbaik!! Mat takde hal nak support orang macam aji nie, ada pengetahuan duniawi dan ukhrawi.. macam nie laa pemimpin yang kita perlukan sebenarnya..
P/S: Buat saudara Khairul Nizam, perjuanganmu lagi bermakna dari perjuangan Si Pemberi Batu Nisan Syahid, lagi baik dari Best Actor Safwan Anang dan sememangnya lagi bermaruah dari Si Penurun Bendera Adam Adli!!
Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46. Selama hampir setengah abad parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat) mengamalkan budaya politik perkauman yang mementingkan hak bangsa Cina.
Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya peristiwa berdarah rusuhan kaum pada Mei 1969.
Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dn negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu.
"Melayu bangsat", "Melayu balik kampung", "Malaysia kami punya", "Pergi jahanam Melayu, UMNO" adalah antara slogan-slogan yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung Bharu.
Sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh DAP.
Walaupun peristiwa 13 Mei sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan cauvinisnya. Pernah Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP sekarang) membuat kenyataan yang membarakan hati orang Melayu apabila berkata "langkah mayatnya dahulu" sebelum orang Islam terlintas difikiran mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.
P/S: Korang dapat berfikir dengan baik, kita tidak dapat melihat pon pembangunan yang dibawa oleh DAP kepada orang melayu. Tipu laa kalau korang cakap korang nampak di mana DAP membela melayu. DAP adalah parti paling racist penah ada..!!
Tekanan yang mereka hadapi kini menyebabkan mereka semakin runsing untuk merancang strategi untuk mengubah dan menarik minat mahasiswa untuk bersama dengan mereka. Terbaru mereka telah menyerang video aspirasi yang di upload dari youtube yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa akan perjuangan sebenar Pro-Mahasewel nie. Mat menjangkakan bahawa sekarang ini Pro-Mahasewel nie tidak lagi mempunyai isu yang rasional untuk mereka mainkan.
Tekanan dan kebuntuan telah menyebabkan mereka menjadi tidak rasional lagi, terbaru mereka telah melancarkan kempen ASAL BUKAN ASPIRASI yang mirip kempen perjuangan parti pembangkang iaitu ASAL BUKAN UMNO. mat hairan kenapa mesti ada persamaan antara Pro-Mahasewel nie dengan Parti Pembangkang, sedangkan mereka sendiri telah menolak campur tangan politik luar dalam kampus?? Atau pon Pro-Mahasewel nie sememangnya adalah Parti Pembangkang?? Yang menghairankan lagi fikiran mat, Pro-Mahasewel nie dalam kebanyakan kampus adalah kerajaan..bukan nyer pembangkang..kenapa mereka begitu terdesak sehingga melancarkan kempen seperti mereka kelihatan seperti pembangkang??
Kempen Parti Pembangkang
Kempen Pro-Mahasewel
Kempen Parti Pembangkang
Kempen Pro-Mahasewel.
Korang baca dekat SINI,korang akan tahu apa yang diorang nie dah buat dekat video aspirasi.
P/S: mat mengharapkan pilihan raya kampus yang free dari unsur politik luar.. Pro-Mahasewel boleh tak??
Mat nak ucapkan ribuan tahniah laa kepada saudara safwan anang atas pemilihan dia nie sebagai Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Safwan anang telah berjaya mencantas Ahmad Syukri Che Abdul Razak untuk menjadi pengerusi SMM.
Safwan Anang
Front liner bagi pergerakan mahasiswa yang sehaluan telah sebulat suara memilih dan melantik safwan anang nie. Lakonan yang mantap ditunjukkan semasa tragedi berdarah pada januari lepas telah berjaya menarik minat front liner pergerakan mahasiswa lain untuk memilihnya menjadi pengerusi berbanding syukri razak yang hanya mampu bercakap.
Syukri Razak
Abdullah Haziq
Adam Adli
kat sini mat share dengan korang front liner baru SMM
Pengerusi : Muhammad Safwan bin Anang@Talib
Setiausaha : Abdullah Haziq bin Abdul Aziz
Bendahari : Adam Adli bin Abdul Halim
P/S: mat mengharapkan lakonan yang lebih mantap dengan adanya gandingan badang Abdullah Haziq dan si penurun bendera Adam Adli
Pro Mahasewel hanya berjuang atas dasar kepentingan kepartian luar dan bukannya berjuang atas dasar mahasiswa. Mereka menabur pelbagai janji manis kepada mahasiswa dan berharap agar mahasiswa akan memilih mereka untuk dijadikan wakil suara mahasiswa.
Sebenarnya mat dah lama sedar tentang perkara nie, tapi bukan senang untuk mat menarik kepercayaan orang yang sememangnya sudah mempunyai pegangan yang teguh dalam mempertahankan ideologi masing-masing. Mat yakin dan percaya pengakuan dari mantan presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM), saudara Khairul Nizam dapat mengubah persepsi penyokong tegar Pro Mahasewel nie.
kalau korang nak tahu cerita tentang saudara khairul nizam nie kelik laa sini. korang akan dapat banyak informasi yang patut.
P/S: mat rasa Pro Mahasewel perlu lakukan sesuatu, takkan laa nak biarkan lubang makin besar.. HAHA
Lampu hijau sudah dinyalakan oleh datuk nalla bagi membolehkan anuar ibrahim menyamannya. Wah, berani betol datuk nalla suruh anuar ibrahim saman dia. Datuk nalla memberitahu dan menegaskan kepada wartawan dan jurugambar yang hadir ketika itu bahawa dia tidak akan melayan notis tuntutan saman RM100 juta yang diberikan kepadanya khamis lalu. Datuk nalla juga menunggu surat saman segera dan detik untuk bersemuka dengan ketua pembangkang itu di mahkamah.
Notis ini...saya tidak akan jawab.Berapa cepat dia boleh bawa saya ke mahkamah...saya gembira ..saya mahu jumpa dia di mahkamah", ulas Datuk nalla. Untuk mengatahui lebih lanjut kelik sini.
P/S: Berani kerana benar, takot kerana tak benar kot..hehe
WOW!! katil dia pon dah RM24k. barang-barang lain ntah berapa laa harga nyer ekk. Maybe katil dia ada emas kot, tak pon ada kayu jati bertatahkan berlian. hahaha.. Giler laa diorang nie..mat nie pon nak beli moto untuk gi kerja pon bayar 2 tahun..dia beli katil yang harganya sama dengan 6 buah moto mat. Nie resit pembelian katil tue..
Semalam Pro Moron nie telah menghantar satu memorandum kepada menteri pengajian tinggi. Mat telah berpeluang untuk snap gambar memorandum mereka nie, meh sini kite tengok apa yang mereka juangankan..
Mat dapat detect typo di sana yea..HAHA
perkara pertama yang diorang minta.
Demokrasi Kampus perkara ke dua..
Campur tangan politik luar..
Secara ringkasnya ada tiga perkara yang ingin diperjuangkan :-
Pilihan Raya Kampus (PRK) diawalkan.
Kembalikan Demokrasi Kampus
Bebaskan Kampus Daripada Campur Tangan Politik Luar.
PRK adalah satu medium kepada semua mahasiswa untuk memilih pemimpin mereka didalam kampus. Mat berpendapat bahawa jika PRK diadakan dalam bulan Mac mahupun April, mahasiswa yang mengambil diploma tidak mampu untuk memilih pemimpin mereka. Janganlah bersikap double standard dengan mahasiswa yang mengambil diploma, mereka juga mempunyai hak untuk memilih. Apa yang mat nampak disini Pro Moron nie ada double standard dalam diri diorang.
Mat juga dah lihat sejarah PRK, pada tahun 2008 PRK mula diakan pada bulan Mac dan sebelum tue PRK adalah diakan pada bulan September. Kalau korang tak percaya korang google laa sendiri, sekarang nie dah mudahkan nak tengok perkara nie betol ke tak. Mat amat teruja apabila Shukrie Razak ( gambar bawah ), cuba untuk bermain dengan Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan bahawa
Dan yang paling mat minat nak komen dekat Pro Moron nie adalah menolak campur tangan politik luar.
Mat rasa diorang nie tak aware kot dengan perkara yang diorang nie nak bangkitkan. YDP Syahid nie cakap Pro Moron menolak campur tangan politik luar, tapi yang eskot diorang ke KPT adalah AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus. Ape cer syahid?? Takkan Nazree Yunus nie suara mahasiswa jugak?? Korang tengok laa sendiri gambar-gambar dekat bawah nie, mat bukan kaki sembang kaki kencing..
Korang nampak tak si nazree yunus??
ape laa yang diborakkan dengan abg polis tue kan??
Sebenarnya si nazree yunus nie merupakan antara tunjang penting dalam penubuhan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Dekat mana sahaja SMM ada, di situlah terdapat nya si nazree yunus nie. Buat pengatahuan korang si nazree nie merupakan bekas pelajar dari Universiti Malaya. Sebab tue laa dia nie macam rapat je dengan budak-budak UM. hehe..
ok?? Dah nampak?? betolkan?? Korang nilailah dimana tahap ketulusan diorang nie dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Mat lebih suka cakap diorang nie macam "cakap tak serupa bikin".
P/S: Setiap perkataan yang kita lafazkan melambangkan peribadi kita, tidak kira di mana kita melafazkan ataupun menulisnya.
Segerombolan mahasewel yang mahu diangkat sebagai pejuang mahasiswa, penegak keadilan dan pemangkin kepada revolusi mahasiswa telah datang dengan “aman” ke bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan yang telah dikeluarkan mengenai tarikh pilihan raya kampus. Laungan mahasiswa bangkit telah menggegarkan bangunan KPT selepas solat jumaat dan semakin rancak apabila perhimpunan ini telah mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak.
Pada mulanya mat menjangkakan kehadiran pada demonstrasi kali nie adalah lebih ramai berbanding sebelumnya. Ternyata apa yang mat jangkakan meleset apabila hanya 40 orang termasuk pihak media yang hadir. Bagi mat, mereka melaungkan kepada orang ramai bahawa mereka nie adalah suara seluruh mahasiswa, tetapi mengapakah apabila ingin menuntut dan berjuang atas sesuatu dasar suara seluruh mahasiswa nie menjadi kerdil dan kadang kala seperti tak wujud?? Ke mana hilangnya suara-suara seluruh mahasiswa?? Mengapa hanya beberapa orang sahaja yang mampu hadir ke bangunan KPT untuk “berjuang”??
Dalam hal nie jugak, mat rasa tak puas hati dekat dekat pihak media pembangkang. Mat nak bagitau korang bahawa media pembangkang yang membuat liputan tidak berlaku jujur dalam mengeluarkan artikel mengenai demonstrasi dekat KPT nie. Mereka nie tidak berani dan malu untuk mengeluarkan gambar-gambar yang menunjukkan bertapa ramai mahasewel yang telah menyertai demonstrasi nie disebabkan jumlah mahasewel yang menyertai demonstrasi nie amatlah sedikit. Meh sini mat tunjukkan bertapa meriahnya kehadiran mahasewel dihadapan KPT:-
korang rasa sampai tak 80 orang??
masa mat sampai dekat KPT, 20 orang pon tak sampai lagi
yang pegang kain rentang pon nak tak nak je.haha
Mat rasa dengan persetujuan kumpulan-kumpulan hardcore mahasewel nie mampu untuk menarik lebih ramai lagi kehadiran. Di antara yang telah bersetuju dengan memorandum ialah:-
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
Solidariti Mahasiswa Malaysia
Kumpulan Aksi Anak Muda
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
Pro Mahasiswa IPTA
DEMMA
Di sini mat rasa korang dah boleh Nampak tahap perpaduan antara mereka, takkan laa demonstrasi yang mereka anjurkan sendiri nie tidak mendapat sokongan ahli?? atau pon mat rasa yang demonstrasi mereka adakan nie tak dirancang dengan rapi?? Atau pon demonstrasi kali nie sekadar untuk mengambil perhatian pihak-pihak tertentu?? Yang kita sedia maklum bahawa gerombolan mahasewel nie tidak pernah melakukan sesuatu tanpa asbab yang kukuh. namun kali nie mereka telah melakukan sesuatu yang kelihatan seperti tidak dirancang. Perkara macam nie yang memaksa mat untuk memikirkan apa rasionalnya mereka bertindak sedemikian..korang rasa kenapa?? Mat rasa untuk meyakinkan lagi korang..korang klik laa dekatsini.
P/S: mat pasti lebih ramai yang sukakan berita yang tulus dan adil, jika kita mempunyai penyokong yang kuat, kita tidak perlu untuk menipu penyokong kita..
Gempak!! Meriah!! dan di luar jangkaan sambutan yang diberikan dari mahasiswa dari seluruh ipta/ipts yang hadir. Mat taknak banyak komen. Korang tengok sendiri!! Mat yang hadir semalam pon terkezut!! 10 000 mahasiswa hadir!! belom termasuk tetamu jemputan lagi..
P/S : Mat harapankan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) nie dapat memberi sumbangan kepada negara dan dunia. Niat yang baik akan mendapat ganjaran dari Yang Esa.
Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) telah mengutuk keras tindakan kerajaan negeri terengganu yang telah mengenakan tindakan kepada 6 MAHASISWA yang telah menyertai demonstari di Mesir. Mat agak-agak, mereka nie tak tahu yang duit yang kerajaan negeri terengganu bagi tue duit rakyat. Kerajaan nak tengok diorang nie berjaya dekat luar negara dan bantu masyarakat dekat malaysia. Kerajaan tak nak tengok manusia-manusia yang terpilih nie pelajarannya diabaikan. So, memang wajarlah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri tue.
Ahmad Said
Mereka nie dikenakan tindakan kerana didapati telah bersalah kerana menyertai demonstrasi mendesak kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan bersih 2.0. Perkara nie diambil serious oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan tindakan membatalkan serta merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu.
Pelajar di Mesir Yang Berdemonstrasi
Objektif Utama mereka ke Mesir telah lari
Cuba bayangkan jika mereka nie tak dapat menghabiskan kursus yang diikuti?? Duit rakyat yang digunakan dan disalurkan kepada mereka nie akan habis begitu sahaja. Buat pengetahuan korang, mereka yang belajar di luar negara dan ditaja oleh penaja nie menggunakan duit rakyat sepenuhnya. Di luar negara tidak mempunyai subsidi pendidikan seperti yang ada di malaysia. Yuran pendidikan meraka adalah sangat mahal tanpa subsidi kerajaan. Jika mereka gagal menghabiskan kursus mereka, maka telah banyak duit yang akan dibazirkan.
Persoalannya di sini, bukankah mereka nie telah menyalah gunakan duit rakyat jugak?? kenapa ianya tidak ditentang? kenapa mereka perlu dibela? hanya kerana mereka nie masih penuntut? Di sebabkan mereka nie masih belajarlah kita perlu mengambil tindakan ke atas mereka. Jika tidak, bilakah lagi kita akan mengambil tindakan ke atas mereka? Jika mereka tidak dapat menamatkan pengajian mereka, bukan sahaja wang malahan masa dan keringat yang diperah juga dibazirkan.
Mat rasa tindakan yang diambil oleh kerajaan terengganu nie adalah satu pengajaran yang terbaik buat mereka. Tindakan nie akan mengajar mereka erti berterima kasih dan bersyukur atas bantuan yang diberikan. Bukan mereka sahaja yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi ramai lagi yang mempunyai peluang yang sama seperti mereka. Mereka dikira sebagai bertuah kerana mendapat peluang yang sukar didapati oleh kebanyakan orang, oleh sebab tue belajarlah elok-elok.
P/S: mat nak pesan dekat adik-adik yang sedang belajar diluar negara tue, dah habis belajar nanti nak demo, nak buat ape je buat laa. yang penting habiskan dulu pengajian tue dulu. ok??
KUANTAN - Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lepas dipercayai selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya. Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu.
"Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis. "Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.
"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi," katanya. Ketua Polis Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. - Bernama
Sila ambil perhatian atas setiap apa yang berlaku disekeliling kita, mat sarankan beberapa perkara yang perlu di ambil kira untuk membenteras masalah yang selalu jadi dekat negara kita nie...
1) Jerit Untuk Minta Bantuan
Sekiranya ada orang menarik anda menaiki kereta atau memasuki bangunan secara paksa, jeritlah sekuat hati; “tolong! Saya tidak kenal orang ini!” penculik tidak dapat bertindak sekiranya ramai orang yang memerhati.
2) Sentiasa Berteman
Keselamatan kita lebih terjamin sekiranya kita didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan. Orang yang tidak dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan. Jadi, jangan biarkan diri anda tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa, kakak, abang atau kawan-kawan boleh dijadikan teman (buddy).
3) Peraturan Sentuhan
• Tiada siapa yang boleh menyentuh bahagian sulit anda kecuali untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Tiada sesiapa yang boleh menyuruh anda memegang bahagian sulit anggota badan mereka • Sekiranya anda berasa keliru atau tidak selesa dengan cara orang lain membuat sentuhan cakap dengan jelas penolakan anda...katakan TIDAK, atau LARI • Beritahu kepada orang dewasa yang anda percayai
4) Katakan TIDAK!!
Kebiasaannya, orang yang tidak dikenali akan mengambil kesempatan dengan menghulurkan gula-gula dan hadiah atau mereka-reka cerita untuk menarik perhatian kanak-kanak. Katakan tidak atau tolong jangan ganggu saya dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin. Jangan mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran ibu bapa.
5) Nombor Telefon Pastikan anak anda menghafal nombor-nombor penting seperti nombor telefon rumah / nombor telefon bimbit anda. Ini dapat membantu sekiranya anak ini hilang atau terpisah daripada keluarga.
6) Pakai Pakaian Berwarna Cerah
Pakaikan pakaian yang berwarna cerah atau yang senang dikenali oleh ibu bapa. Ini akan memudahkan anda mencari mereka ketika berada di tengah-tengah kelompok orang ramai terutamanya di pusat membeli belah. Warna yang dicadangkan adalah warna terang seperti oren, merah, kuning dan sebagainya.
P/S: Terima kasih kepada sister Jai atas sumber ini, terima kasih sangat mat ucapkan kepada sis jai..
Malaysia digemparkan dengan berita terbaru. Siti Nur Fatihah Mahadi merupakan pelajar tingkatan 3 yang menjadi mangsa terbaru kes penculikan. Mangsa dikatakan diculik semasa ingin membeli kad tambah nilai bersama-sama dua orang adiknya. Siti Nurul Aishah serta Mohd Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun merupaka adik mangsa yang bersama-sama pergi ke kedai ketika itu.
Ibu mangsa iaitu Nor mala,34 ketika menceritakan bagaimana adik-adik mangsa pulang dari kedai tanpa kehadiran kakaknya. Adik-adik mangsa pulang dalam keadaan menangis dan memberitahunya bahawa kakak kesayangannya itu telah dilarikan orang. Mangsa dipercayai dibawa lari oleh tiga orang induvidu termasuk seorang wanita yang menaiki sebuah kereta jenis honda berwarna hitam.
adik nur fatihah
Bagi sesiapa yang mengetahui sebarang maklumat sila melaporkan perkara nie kepada balai polis berhampiran. Kerjasama anda adalah sangat diharapkan. Mat harap kita mengambil serius perkara-perkara sebegini.
P/S: Jagalah anak dara anda elok-elok, walaupun sudah bergelar remaja, dia masih merupakan insan lemah bergelar perempuan.
Kau hilang tiada pengganti, serupa namum tidak sama. Itulah yang bole mat ungkapkan jika madrasah Salihiah nie dirobohkan dan dibina di suatu tempat lain yang tidak tahu di mana. Wang pampasan dari kerajaan negeri sebanyak RM1.48 juta yang diberikan kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) selaku pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep istibdal bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanfaat kepada umat islam.
Madrasah Salihiah
Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah menyatakan madrasah nie terpaksa dirobohkan atas sebab ingin membolehkan PROJEK AMAN SENTRAL diteruskan bagi membolehkan peluang pekerjaan kepada 2000 orang penduduk. Namun apa yang mat nampak disini, projek ini dapat dilaksanakan di tempat lain. Mengapakah tapak Madrasah Salihiah nie jugak menjadi mangsa?? Benar kata Datuk Azizan, madrasah boleh dibina di tempat lain dan boleh dibesarkan serta juga bakal menampung jumlah jemaah yang ramai hingga membolehkan solat jumaat di adakan disana. Namun, nilai madrasah itu sebenarnya sudah hilang. Biarpun wajah madrasah yang sama bentuk, kapasiti dan sebagainya adalah sama, namum nilai yang terdapat pada madrasah yang bakal dibina tue tak sama. Walaupun madrasah yang berusia lebih 100 tahun nie pernah diubah suai pada tahun 2007, dibina didalam satu kedai yang disewakan kepada syarikat insuran. Namun, wang sewanya tetap mengalir kepada madrasah itu sendiri.
Tak silap mat penah baca dekat harakah yang beriya-iya menyatakan
namun kini dengan arus pembangunan yang pesat dan tidak mahu ketinggalan dengan negeri-negeri yang dipegang pakatan rakyat yang sememangnya sudah tertinggal nun jauh dibelakang. Kata-kata yang mereka gah perkatakan kini makin layu dan longlai sehingga kini membenarkan mereka membuat perkara yang sama. Mat juga tidak faham dengan majlis fatwa kedah kerana membenarkan madrasah Salihiah Keranchut nie dirobohkan.
Walaupun madrasah nie sebenarnya tidak menampung ramai jemaah oleh sebab perumahan disana tidak terdapat ramai orang islam, namum jangan dihapuskan tempat jemaah yang sedikit nie. Sebab inilah tempat mereka nie merapatkan hubungan antara satu dengan yang lain. Walaupun sedikit bilangan jemaahnya, madrasah nie tetap hidup dengan pelbagai aktiviti untuk jemaahnya. Cuba korang bayangkan jika madrasah nie dirobohkan?? Macam mana dengan hubungan jemaah nie?? macam mana mereka nak bersama?? DI mana mereka ingin bersembahyang bersama-sama?? sebenarnya masjid...surau..menjadi tempat yang paling baik untuk umat islam menjalinkan ukhuwah sesama insan.
Buat pengatahuan korang, berdekatan madrasah nie terdapat sebuah gereja St Micheal Catholic Church. Mengapa tidak dirobohkan sahaja gereja nie dan dialihkan ke tempat yang lain?? Sama seperti yang dilakukan kepada madrasah nie?? Apakah rasional mereka nie?? Gereja yang dibina boleh diubah disebabkan tanah gereja nie bukan hak milik persendirian, namum tanah madrasah nie adalah tanah persendirian yang diwakafkan untuk kegunaan awam. Mengapakan madrasah nie menjadi tempat strategik untuk pembangunan projek dan bukan gereja?? walhal jarak antara gereja dan madrasah nie bukan laa jauh sangat. Nampak tak permainan mereka nie??
Mat sekarang tengah membuat follow up tentang kes madrasah nie, setakat nie sahaja yang mat dapat share dengan korang. Ada ape-ape berita nanti mat akan update dengan korang.
P/S: Pegang pada kata-kata kamu, jika tidak kata-katamu itu akan memakan diri sendiri. renung-renungkan dan selamat beramal.
Mat dapat tahu ada orang cuba nak tipu student UM. Meh kite terjah!!!
Pro Mahasiswa UM menipu student!!
Perkara yang tidak benar ada didalam page Pro Mahasiswa UM nie adalah...
HEP laa nie tidak bergabung dengan unit alumni. Alumni dan HEP telah berpisah pada tahun lepas. SO!! Penipuan nie nampak benor nipu nyer!! kehkehkeh!!
Penamaan calon yang sekarang nie berlangsung selama satu hari sahaja, 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Mana ada buat sampai 4 hari!! Nie satu lagi penipuan. Hari tue baru umum style Pilihan Raya Kampus (PRK) yang baru dekat DTC. Siap berbanting lagi, takkan laa korang tak tahu. Mentang-mentang laa student tak ramai yang datang, jangan ingat mereka nie tak tahu.
Dan terdapat percanggahan yang berlaku. kenapa penamaan calon bulan 3 dan pemilihan MPM adalah pada semester 1,2012/2013?? Kenapa notis yang dikeluarkan oleh Pro M tak sama dengan yang disampaikan oleh pihak HEP. Jarak masa antara Penamaan Calon dan Pemilihan Calon tidak akan mengambil masa terlalu lama.
Dan, seluruh warga kampus sendiri tidak mengetahui bilakan akan diadakan PRK. Mat harap dengan sedikit info yang mat bagi nie dapat laa membantu student UM. Jangan laa mudah terpedaya dengan taktik licik yang digunakan oleh PRO-M!! kehkehkeh!!! Dan pada pendapat mat yang tak seberapa nie, Pro M cuba untuk menimbulkan perasaan anti establishment dalam kalangan student. Jangan buat macam tue bro..tak elok.
nampak tak?? HEP sahaja, bukan HEP dan Alumni.
P/S: Jangan biarkan diri anda ditipu dan terus ditipu oleh pihak yang sebegini. Jangan laa buat benda-benda buruk. Fitnah bro..fitnah..fitnah dosa masuk neraka..aiiyokkkk!!
Mat baru mendapat tahu sebenarnya, post mat yang sebelum nie mengenai Mahfuz Omar nie adalah tidak betul. Kenapa mat cakap macam tue?? Korang tengok video nie..Ahmad Shabery cakap memang laa KBS bagi Dr.Hassan Ali RM30 juta. Mat rasa bersalah pulak bila bawak berita palsu, mat rasa mat kene minta maaf dekat Mahfuz Omar nie..kehkehkeh!!
Dah tengok?? sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Mahfuz Omar tue betol laa..Dia cakap betol, cuma perkara yang dicakapkan tue saje yang salah. Bila salah, ianya lebih mudah difahami sebagai FITNAH. Tahukan apa itu fitnah?? So, Next video nie menyatakan bahawa KBS tidak pernah menaja Pergerakan Jalur Tiga (JATI) untuk membuat ceramah, kursus and what so ever laa kan. Korang tengok, dan lihat apa yang ingin diperkatakan oleh Ahmad Shabery...
Dah dengar?? So, dengan jawapan yang ringkas dari Ahmad Shabery nie..dia menyatakan bahawa apa yang diperkatakan oleh Mahfuz Omar itu adalah bohong dan seperti kebudak-budakan serta tidak berasas. Shabery nie siap suruh Mahfuz Omar nie saman dia lagi atas tuduhan itu jika tuduhan itu benar. Tetapi, Shabery nie suruh Mahfuz pergi rawatan psikiatrik dan kaunseling daripada kawan-kawan dalam PKR.
Akhir sekali, tujuan Mahfuz Omar melakukan hal yang sedemikian adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap kemelut yang berlaku dalam kepimpinan PAS di Kedah. Mungkin juga dia melakukan hal sedemikian kerana untuk mengekang sambutan hangat kalangan anggota PAS terhadap ceramah-ceramah semasa road show Dr.Hassan Ali.
Hehe..mat minta maaf, mat dah salah cakap..mat cakap benda yang betol pulak..mat tak sengaja..kehkehkeh!!
sumber dari ANTARAPOS dan KLPOS.
P/S: Mat mengharapkan agar Mahfuz Omar mendapat hidayah agar beliau sedar akan kesilapan yang dilakukan. Biar kita malu sekarang atas kesalahan yang kita lakukan, jangan nanti kita malu untuk menyatakan kebenaran apabila dibangkitkan semula kelak.
Tak tahu kenapa, mat merasakana bahawa pasti terdapat entiti asing yang menaja atau memberikan bantuan dana kepada Pembangkang. Program-program yang dijalankan oleh pembangkang selama nie menerima dana yang besar dari pihak luar yang ingin melihat tampuk pimpinan negara di pegang oleh BAPAK ANUAR IBRAHIM. Hal yang sebegini akan memudahkan mereka menjalankan rancangan syaitan mereka ke atas negara yang amat kita cintai ini. Walaupun negara kita ini belom mempunyai pengalaman yang cukup untuk mentadbir negara dengan sempurna, namun begitu bagi mat negara kita nie telah mempunyai base yang sangat kukuh untuk meneruskan agenda pembangunan dan meneruskan wawasan 2020. Berikut merupakan video temubual dari Zulkifli Noordin
P/S: Mat tak mahu ulas apa yang YB Zulkifli Noordin nie cakap..korang tengok dan korang buatlah penilaian yang sebaiknya menggunakan anugerah yang diberikan oleh Pencipta Alam.