-->

Sebelah Sayap

Monday, 3 December 2012

Tun Mahathir Sentiasa Memantau DS @NajibRazak


Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN), mengatakan bahawa perdana menteri keempat itu masih “memantaunya”.

Sementara melancarkan perhimpunan agung tahunan (AGM) Parti Progresif Rakyat (PPP) hari ini, Najib mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir kerana wawasannya menuju Wawasan 2020, pelan untuk Malaysia mencapai negara maju yang dilancarkan pada tahun 1991.

“Dia ada tugas yang mudah, tapi tugas saya susah,” kata Najib dalam nada bergurau.

“Dia umumkan wawasan tersebut, tetapi saya perlu mengisi wawasannya. Sebab dia masih memantau saya.”

Dr Mahathir juga disebut oleh presiden PPP Datuk Seri M Kayveas dalam ucapannya, dengan berterima kasih kepada bekas perdana menteri tersebut kerana sumbangannya kepada negara.Kayveas menggambarkan Dr Mahathir sebagai “sebutir mutiara yang tidak ternilai harganya” dan arkitek Malaysia moden, yang beliau katakan punca pengaruh PPP untuk terus relevan.

“Tidak salah saya katakan, PPP diberi pengiktirafan dan sokongan yang padu pada zaman Tun (Dr Mahathir Mohamad) sehingga menjadi parti yang mantap dari zaman kegelapan,” kata Kayveas dalam ucapannya di hadapan 4,000 ahli PPP hari ini.

Dr Mahathir hadir dalam acara hari ini dan berkata BN boleh mendapat majoriti dua pertiga majoriti parlimen dalam pilihan raya nanti.

“Saya rasa hari ini kita boleh nampak, PPP contohnya, mempunyai semangat yang cukup baik,” kata Dr Mahathir selepas perhimpunan PPP hari ini.

“Anda boleh lihat, anda boleh merasainya. Saya percaya kita boleh lakukan dengan lebih baik dari pilihan raya yang lalu, dan mungkin boleh mendapat dua pertiga majoriti.”

Bekas perdana menteri itu masih aktif sejak meletak jawatan dari pemimpin tertinggi Umno pada Oktober 2003, tetapi menjadi semakin penting setiap kali BN menghadapi pilihan raya.

Pemimpin pembangkang sering mengkritik Umno dan Najib kerana takut dengan pengaruh Dr Mahathir dan enggan untuk mendiamkan beliau, dan memberi amaran bahawa kenyataan radikal bekas perdana menteri itu mungkin menggoyangkan sokongan golongan pertengahan Najib.

Najib, tidak mengkritik Dr Mahathir, seperti presiden sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah, yang dipilih oleh Dr Mahathir sebagai perdana menteri selepas meletak jawatan, telah menjadi ahli politik yang sangat berkuasa dengan menggunakan polisinya sendiri dan enggan merujuk nasihat Dr Mahathir dalam pentadbiran.

Dalam pilihan raya 2008, BN mengalami kekalahan paling teruk menyaksikan Umno dalam keadaan paling lemah apabila tidak berjaya mendapatkan dua pertiga majoriti dan tewas empat negeri kepada pembangkang.

Najib semalam memuji bekas perdana menteri itu kerana secara “sukarela” berkempen untuk Umno.

Dr Mahathir, yang duduk di kerusinya di Dewan Merdeka, kelihatan terkejut apabila menyebut namanya.

Apabila orang ramai di dewan memberi tepukan gemuruh kepada bekas perdana menteri itu, Dr Mahathir tersenyum dan melambai tangan tanda menerima penghargaan kepada beliau.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...