-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 12 December 2012

Subsidi Kerajaan Perlu Dikurangkan


Rakyat negara ini perlu mengurangkan kebergantungan kepada subsidi pemberian kerajaan kerana wang berkenaan boleh dibelanjakan untuk bidang-bidang lain yang boleh menguntungkan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemberian subsidi walaupun pada dasarnya bagaikan menguntungkan mereka tetapi pada masa sama ia mengurangkan perbelanjaan untuk keperluan yang lain.

"Masih wujud banyak ruang untuk pembangunan dalam negara ini seperti infrastruktur, kemudahan dan macam-macam lagi.

"Kita boleh guna wang itu untuk tujuan berkenaan tetapi kalau ia (subsidi) banyak diberikan kepada rakyat maka kita terpaksa mengorbankan keperluan rakyat yang lain," katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2En58kFyH
Hakcipta terpelihara

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...