-->

Sebelah Sayap

Wednesday 5 December 2012

DAP Pulau Pinang Menindas Rakyat


Parti Gerakan Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri itu mengkaji semula pelaksanaan garis panduan kepadatan penduduk yang baharu bagi menangani pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas.

Ketua Biro Kerajaan Tempatan parti itu, Teh Leong Meng berkata di bawah garis panduan yang berkuat kuasa 28 Jun 2010 itu, kepadatan bangunan bertingkat dinaikkan daripada 30 unit kepada 87 bagi setiap 0.4 hektar.

Sejak tempoh itu sebanyak 14 projek diluluskan iaitu di Jalan C.Y. Choy, Jalan Macalister, Jalan Seang Teik, Lorong Perak, Sungai Ara, Bukit Gambier (dua projek), Lembah Permai, Jalan Jelutong (dua projek), Jalan Paya Terubong, Jalan Perak, Jalan Tanjung Tokong dan Jalan Pantai Jerejak.

Pelaksanaan projek terbabit akan menyumbang kepada kesesakan trafik pada masa depan selain turut menjejaskan kualiti kehidupan rakyat, katanya kepada media, di sini Selasa.

"Dalam garis panduan baharu itu pemaju diminta mengemukakan laporan penilaian impak trafik tetapi ia sebenarnya langsung tidak berguna kerana pertambahan jumlah kenderaan tetap berlaku sejajar kepadatan penduduk," katanya. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...