-->

Sebelah Sayap

Thursday 6 December 2012

Kelantan Masih Ada GRO. Mana PAS?


Masih berdegil. Biarpun berkali-kali pusat karaoke yang berselindung di sebalik urus niaga restoran di Gua Musang diserbu Jabatan Imigresen negeri, namun pemiliknya tetap meneruskan operasi sama. Semalam, buat kali ketiganya, premis mempunyai dua bilik kecil terletak di Tanah Puteh, Gua Musang, diserbu lagi oleh Jabatan Imigresen Negeri dan lapan pelayan pelanggan (GRO) yang asyik melayan pengunjung diberkas.

Pengarah Imigresen Negeri, Mahasan Mustapa berkata, dalam serbuan yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah, Zulfakri Muhammad bersama 14 anggota kira-kira jam 10.30 malam itu pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 60 pelanggan yang berada berhibur di restoran itu. Beliau berkata, bagaimanapun, hasil serbuan hanya lapan GRO warga Thailand berusia 22 hingga 44 tahun di dalam premis tersebut ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial mengikut Peraturan 39B Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Ketika serbuan ada yang memberi alasan mereka adalah pasangan kekasih dan sanggup mengaku sebagai suami isteri, tetapi hasil pemeriksaan didapati tidak mempunyai ikatan hubungan terbabit. “Kesemua yang diperiksa mempunyai pas lawatan sah, namun ia disalahgunakan untuk menjalankan aktiviti tersebut,” katanya ketika ditemui media di Pejabat Penguat kuasa Imigresen di Telipot, semalam. Mahasan berkata, hasi siasatan kelapan-lapan wanita terbabit melayan pelanggan restoran yang terdiri daripada pekerja-pekerja ladang di kawasan sekitar dengan memperoleh bayaran lumayan.

“Mereka ini bukanlah pekerja di restoran tersebut tetapi berada di sana untuk melayan pengunjung dan pendapatannya adalah bergantung pada bayaran tip-tip daripada orang yang ditemaninya,” katanya. Menurutnya, kegiatan terbabit dipercayai bergerak secara individu dan kawasan tersebut dikawal dengan tidak membenarkan orang Melayu memasuki kawasan terbabit dengan sewenang-wenangnya. Dalam pada itu, Mahasan berkata, bermula April hingga Disember seramai 51 ditahan yang paling muda adalah berusia 19 tahun terdiri daripada warga Thailand dan China dalam beberapa serbuan.

Sehubungan itu, Mahasan menegaskan, pihaknya sentiasa membuat pemantauan di beberapa lokasi yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan seumpamanya iaitu tiga di Gua Musang dan lebih lima premis di Tumpat. “Selain risikan daripada anggota, kita juga berterima kasih kepada pemimpin setempat dan sumber penyampai maklumat dalam, usaha untuk bersama-sama membendung aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

SUMBER|: UtaraNews


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...