-->

Sebelah Sayap

Monday 3 December 2012

Kelab UMNO Luar Negara Mementingkan Ukhuwah

Kelab UMNO Luar Negara ni bukan semata-mata politik. UMNO ni universal laa. Semua benda dia buat adalah untuk rakyat. Tak kire laa rakyat tuh ada dekat mana, dia tetap ada untuk membantu. Bagi pelajar yang ada dekat luar negara tuh, jangan laa anggap kelab UMNO luar negara ni untuk meluaskan kuasa politik UMNO je.

Kalau korang tak percaya apa yang aku cakap korang dengar sendiri apa yang Pengerusi Kelab UMNO Cawangan Mansoura ni cakap masa aku interview dia.



Dah tengok..?? Ni semua adalah inisiatif Kelab UMNO untuk bantu pelajar Malaysia dekat luar negara, bukan nak berpolitik sangat tapi nak membantu, membantu untuk menjadikan pelajar Malaysia dekat luar negara ni senang dan selesa berada di tempat orang.

Aku bagi korang tengok beberapa gambar event korban anjuran Kelab UMNO Cawangan Mansoura semasa Eidul Adha.





So aku nak nasihat laa dekat pelajar Malaysia dekat luar negara tuh, janganlah korang ni terikut sangat dengan parti yang korang sayang tuh. Korang sendiri tahu yang ukhuwah sesama Islam tuh penting. Kalau dia UMNO sekali pon, bila ia ada kaitan dengan ukhuwah, aku rasa korang boleh tolak tepi parti korang tuh tak kire laa dia bulan penuh ke.. bulan sabit berkembar ke.. roket ke.. Bila perkara tu baik maka eloklah korang join.

Bile aku bersembang dengan beberapa orang pengerusi kelab UMNO luar negara ni, rata-rata cakap yang korang takot nak join sebab tak tahu halal ke haram sumber tu. Aku nak tanye korang kalau dari belah sana korang tahu ke dari sumber mana sampai korang boleh takot nak join aktiviti yang kelab UMNO buat? Sumber yang diorang bagi tuh dari mana? Halal ke Haram? Aku yakin yang korang sendiri pon tak mampu bagi jawapankan..??

akhir kalam dari aku.. Jagalah ukhuwah korang dekat sana. Jangan kerana korang berlainan ideologi politik, korang menolak usaha untuk menguatkan ukhuwah sesama korang.


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...