-->

Sebelah Sayap

Saturday, 1 December 2012

Antara Ucapan Orang Kuat UMNO Semasa PAU2012

Pemuda mengusulkan potongan 50% kepada golongan muda untuk mendapatkan lesen motosikal. Selain itu dalam ucapan pergulungan oleh YB Khairy Jamaluddin, beliau meminta diadakan satu akedemi untuk membentuk pemimpin muda.

KJ juga dalam ucapannya percaya yang masih ramai dalam kalangan ahli parti yang berada dalam dewan ataupun yang berada di rumah yang masih setia dengan parti. KJ menyeru ahli parti terutama pemuda untuk jangan sesekali berundur sebelum ke medan pertempuran.

Dato' Shahrizat semasa ucapan pergulungannya pula menegaskan kembali apa yang telah diucapkan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Dato' Shahrizat menegaskan WANITA akan bersama dan menjadi tunjang kekuatan kepada parti.

Dia juga menyebut mengenai 30.7% pekerja awam kita kini telah dijawat oleh kaum wanita. Dato' Shahrizat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Seri Najib kerana tranformasi politik yang dilakukan dan ianya berjaya mentranformasikan WANITA UMNO.

Dia meminta kepada Presiden UMNO plan ekonomi kepada wanita. Selain itu Dato' Shahrizat ingin memperjuangkan hak ibu tunggal dan membuat satu akta ibu tunggal. Wanita juga meminta meletakkan WANITA UMNO sebagai calon dalam pilihanraya nanti.

Dalam ucapan Naib Pengerusi UMNO Dato' Shafie Afdal semasa pergulungan, dia menegaskan kita perlu berubah jika tidak kita akan diubah. Tuntutan untuk berubah tidak akan mengubah matlamat utama iaitu untuk membela AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Dato' Shafie Afdal juga menegaskan jangan meletakkan keyakinan terhadap UMNO ni bermusim. Musim nak jadi calon bersemangat dan yakin terhadap UMNO, tapi bila tidak dapat menjadi calon. Keyakinan tadi hilang entah ke mana.

Dato' Shafie Afdal memuji tindakkan Presiden Parti dalam melakukan tranformasi dalam jangka masa 4 tahun ni. Banyak transformasi yang dilakukan oleh Dato' Seri Najib untuk mengubah apa yang dia rasakan perlu.

Dato' Shafie Afdal membuat perbandingan Ketua Pembangkang dengan Perdana Menteri, Ketua pembangkang hanya menabur janji kepada semua golongan masyarakat untuk memberikan bulan dan bintang jika meraka menang dalam pilihanraya nanti. Berbanding dengan Perdana Menteri, Dia tidak menjanjikan apa-apa yang mustahil tapi menjanjikan apa yang pasti.

Akhir sekali dari Dato' Shafie Afdal, dia menyeru kepada semua untuk mengundi UMNO dan Barisan Nasional pada PRU-13.

Meneruskan ucapan dalam pergulungan ini adalah Dato' Seri Hishamuddin. Dato' Seri menyatakan tentang prestasi dan pencapaian. Dia menegaskan yang setiap kemajuan dan kejayaan itu dapat dirasai oleh setiap rakyat dalam negara. Tapi pencapaian ini masih belom boleh membuatkan Presiden parti berpuas hati.

Dalam ucapannya juga, dia menyatakan kepincangan dan ancaman dari parti lawan. Dia jugak menyatakan yang pilihanraya bukanlah medan ujikaji. Jangan memperjudikan masa depan anak-anak kepada golongan yang belom pasti. Dia jugak menyatakan tiada apa yang lebih sayu dan sedih apabila melihat anak bangsa layu dalam rumah mereka sendiri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...