-->

Sebelah Sayap

Tuesday 4 December 2012

Tegakkan Islam Jangan Bergantung Pada PAS


Umat Islam di negara ini perlu mencari alternatif dan kaedah baru untuk memastikan agama Islam terus dimartabat, berbanding bergantung kepada PAS serta pakatan pembangkang, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau berkata tindakan DAP yang seringkali membangkang apa jua usaha PAS memartabatkan Islam, serta sikap keakuran kepimpinan PAS, yang dikatakan memperjuang agama, terhadap bangkangan itu jelas mengecewakan rakyat.

Terbaru, Pengerusi DAP Karpal Singh turut campur tangan dalam isu berkaitan dengan penggunting/pendandan rambut wanita tidak dibenarkan memotong/mendandan rambut lelaki termasuk yang bukan Islam yang menyebabkan Jawatankuasa PAS Pusat secara tergesa-gesa meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengkaji semula tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh mereka.

"Apa yang hendak ditimbulkan di sini bukan soal penguatkuasaan peraturan seperti yang terdapat dalam enakmen yang telah berkuatkuasa sejak sekian lamanya. Tetapi lebih kepada soal tentangan dan halangan terhadap peraturan itu yang datangnya daripada DAP rakan politik PAS dalam pakatan pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Hasan berkata tindakan Karpal Singh menggambarkan bahawa DAP tidak sesekali bersedia menerima apa sahaja peraturan yang mempunyai roh Islam, sehinggakan hal-hal yang diterima baik oleh rakyat daripada sudut akhlak turut disanggah. - BERNAMA

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...