-->

Sebelah Sayap

Tuesday, 1 May 2012

Wartawan Serang Wartawan Semasa Sidang Akhbar Ketua Polis Negara.


Kalau di sidang akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu wartawan semua bersatu untuk mendapat kisah benar darinya hingga Ketua Pembangkang itu naik gabra dibuatnya,pada sidang Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar lain pula ceritanya.

Keadaan pada beberapa ketika naik tegang antara wartawan dengan wartawan hingga bergema sorakan booooo dalam dewan sidang akhbar di ibupejabat polis Bukit Aman petang Isnin

Ini gara -gara beberapa kerat wartawan 'budak baru' yang gairah sangat tanya soalan-soalan yang dianggap 'soalan bodoh' oleh kalangan wartawan lain hingga buang masa dan mengurangkan peluang mereka tanya soalan-soalan lebih penting mengenai isu keganasan himpunan Bersih 3.0 Sabtu.

Malah ada wartawan yang naik geram hingga berdiri menuding jari kearah mereka kerana terus menerus cuba menekan Ismail dengan soalan-soalan remeh yang beliau sebelum itu sudah jawab berkali-kali.

Antaranya terus tanya kenapa polis bertindak ganas keatas peserta Bersih di luar lingkungan Dataran Merdeka sedangkan Ismail memberitahu kejadian itu bermula semata-mata kerana ada gerombolan yang melanggar pagar sekatan ke Dataran Merdeka.

Memang fedup tengok banyak masa Ketua Polis Negara itu terbuang melayan karenah mereka itu.

Malah beberapa pegawai polis dalam dewan itu yang duduk di barisan belakang kedengaran merungut -rungut melihat gelagat mereka itu yang terdiri dari wartawan akhbar Cina dan portal pro pembangkang.

Apa yang buat wartawan lain geram ialah mereka ini macam tidak nampak bahawa perarakan yang dibuat oleh peserta Bersih dari KLCC - dari Jalan Sultan- dari Masjid Negara dan lain-lain itu sendiri sudah melanggar peraturan perhimpunan aman.

Peraturan itu langsung tidak membenarkan sesiapa berarak kecuali secara tertib berkumpul di tempat yang ditetapkan.

Namun satu dunia tengok bagaimana mereka ikut suka hati berarak pada Sabtu....termasuk gerombolan Unit Amal PAS yang melanggar sekatan polis di KLCC.

Ketika soalan ini ditanya pada Ismail,beliau mengesahkan perarakan itu sendiri melanggar undang-undang.

Kata orang ..kalau sudah tahu langgar undang-undang...maka sendiri mau ingat.

Mereka juga lupa bagaimana gerombolan peserta Bersih misalnya di Jalan Tun Perak/Masjid Jamek  terus tunjuk degil sekalipun gas pemedih mata sudah dilepaskan bila gerombolan pertama melanggar pagar sekatan....terus berkumpul mengejek dan membaling batu kearah polis.

Keadaan sama, mereka yang berdegil terus berkumpul di Jalan Tunku Abdul Rahman... dimana berlaku insiden menyerang kereta polis dekat Sogo.

Apakah polis kena terus berdiam diri melihat mereka tidak mahu bersurai dan terus mencetuskan provokasi.

Jika polis tidak bertindak tegas  mungkin demo gila budak-budak Bersih itu akan berlarutan hingga ke tengah malam.

Juga jika mereka tidak disuraikan besar kemungkinan mereka akan terus berkeliaran di sana sini tidak jauh dari Dataran Merdeka.

Ini boleh menyebabkan kemungkinan banyak lagi kejadian buruk berlaku bila emosi masing-masing sudah membara.

Lojik akal kata apa pilihan polis ada dalam usaha menenangkan balik keadaan di pusat kota kecuali mengejar mereka yang terus berdegil diatas jalan-jalan di luar batas Dataran Merdeka.

Lagipun perhimpunan gerombolan-gerombolan degil itu diatas jalan lama selepas polis bertindak keatas cubaan merempuh masuk Dataran Merdeka...sah-sah sudah melanggar undang-undang.

Bayangkan hal itu yang sibuk dipertikaikan oleh beberapa kerat wartawan itu...yang merasa polis tidak boleh kacau peserta di luar lingkungan Dataran Merdeka.

Juga soalan yang amat besar tentulah ..siapa yang bagi arahan langgar penghadang untuk rempuh masuk ke Dataran Merdeka...penyebab utama berlaku kekecohan.

Dari paparan beberapa video jelas menunjukkan rempuhan itu berlaku sejurus Datuk Seri Anwar Ibahim memberi signal pada Azmin Ali.

Bab besar ini yang dikatakan merosakan seluruh perhimpunan itu mereka tidak persoalkan dan ambil; berat langsung.

Ini hinggalah wartawan lain terpaksa mencelah bertanya pada Ismail mengenai video berkenaan yang menjadi bualan ramai. Ketua Polis Negara berkata polis akan menyiasat hal berkenaan.

Menjawab satu soalan apakah polis akan benarkan lagi sebarang perhimpunan  diadakan melihat pada apa yang berlaku semasa Bersih 1..0,Bersih 2.0 dan kini Bersih 3.0 beliau berkata," kita tengoklah keadaan'.

Apa sekalipun Ketua Polis Negara memberi kesimpulan jika penganjur Bersih menerima cadangan Datuk Bandar buat dalam stadium perhimpunan itu pasti tidak ada apa-apa kejadian buruk yang akan berlaku.

"Perhimpunan pada Sabtu lalu bukan lagi perhimpunan aman apabila ia bertukar menjadi rusuhan dan merosakkan banyak harta benda awam malah turut mencederakan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas," katanya.

Menurut beliau penganjur perhimpunan tidak mengotakan janji mereka untuk berhimpun secara aman malah tidak mengawal penyokong-penyokong sehingga mereka bertindak ganas dan melanggar undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

Apa orang nak cakap Ismail tetap mempertahankan tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata pada perhimpunan itu .

Pada perhimpunan itu, jelas kelihatan polis yang mula hanya berkawal terpaksa bertindak akibat provokasi perusuh yang bertindak liar dengan merempuh pengadang dan kawat berduri yang dipasang di sekitar Dataran Merdeka yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh Mahkamah Majistret.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Ismail berkata, polis mempunyai banyak bukti seperti gambar dan rakaman videoyang menunjukkan polis menjalankan tugas dengan penuh sabar dan berhemah sehinggalah perusuh mula bertindak ganas.

Beliau minta semua orang sedar sepanjang dari pagi hingga insiden rempuhan ( jam 2.55 petang) polis hanya memerhati sahaja peserta Bersih yang berkumpul dekat Dataran Merdeka tanpa usik mereka langsung.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menyiasat hasil perhimpunan ini secara menyeluruh bagi mencari motif dan mengesan mana-mana individu atau kumpulan yangbertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku pada perhimpunan tersebut.

"Sesiapa saja yang ingin membuat laporan polis berkaitan keganasan yang berlaku dan menimpa mereka, boleh segera membuatnya dan saya menerima apa saja laporan termasuk laporan daripada polis sendiri bagi memudahkan kami menjalankan siasatan menyeluruh," katanya.

Ismail juga kesal melihat terdapat banyak gambar palsu yang telah diolah dan disebar menerusi internet yang mana boleh menjatuhkan imej negara.

"Saya mendapat dua gambar, satu gambar menunjukkan Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning sebaliknya  gambar sebenar menunjukkan padang Dataran Merdeka kosong.perusuh hanya di luar kawasan dataran. Ia telah disabotaj dan disebar menerusi Internet...ini memburukkan imej negara dan saya akan memantau keadaan ini juga," katanya. - 30/4/2012

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...