-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 2 May 2012

Khalid Ismath Setuju Anggota @PDRMsia DiBunuh.

Apa laa yang nak jadi dengan manusia bernama Khalid Ismath nie, adakah dia lupa yang dia dibiayai oleh UiTM yang sememangnya khas untuk bangsa melayu dari sebuah kerajaan. TIADA SATU NEGARA DI DUNIA YANG MEMPUNYAI UNIVERSITI KHAS UNTUK SATU BANGSA KECUALI MALAYSIA.. Demi menjaga kemampanan bangsa melayu itu sendiri. untuk menjaga survival bangsa melayu.
Kata-kata ugutan yang dikeluarkan oleh :
  • Nama : Khalid Mohd.Ismath
  • Jurusan : Tahun 2 pengajian undang-undang di UiTM Shah Alam
  • Umur : 22 tahun
  • Asal : Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang
  • Jawatan : Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)

korang nak tau apa yang si mamat syiah nie cakap??
"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan" 
 mat pon bukan laa pro kerajaan sangat, tapi pada pendapat mat tidak wajarlah dia mengeluarkan kata-kata sebegitu. Dia tidak pernah mengandaikan jika bapanya seorang polis dan menerima tomahan sebegitu, adakah dia tidak terasa hati dengan individu yang mengeluarkan tomahan kepada bapanya.

Polis tue hanyalah menurut perintah dari orang atasan untuk bertindak. Polis juga merupakan manusia biasa, mempunyai perasaan. mereka terpaksa meninggalkan keluarga demi untuk menjalankan tugas yang telah di amanahkan kepada mereka. cuba bayangkan jika dari jumaat petang hingga ke sabtu tengah hari mereka menerima pelbagai provokasi, kata-kata kesat yang dilemparkan dan pelbagai lagi, sebagai seorang manusia biasa rasanya pasti akan ada rasa marah yang akan timbul. 

mat lihat pihak polis nie telah banyak bersabar dan manusia itu pasti akan ada tahap kesabarannya. dan ketika  pihak polis itu sampai di kemuncak kesabaran tue, maka akan terjadilah perkara yang tidak diingini. namun yang mat lihat kebanyakkan anggota polis masih lagi releven dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

korang kelik SINI dan SINI untuk tahu kisah Khalid Ismath nie.

P/S: mat rasa Khalid Ismath perlu meminta maaf secara terbuka kepada anggota POLIS dan Keluarga mereka.!!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...