-->

Sebelah Sayap

Monday 14 May 2012



Melihatkan gelagat penyokong ataupun lebih tepat cybertroops pembangkang sangat melucukan hati mat yang gundah gulana nie. Pelbagai tomahan yang diberikan kepada DARK COMEDY nie.. mengapa mereka perlu takot kepada video nie?? adakah mereka takot akan impak yang akan diberikan daripada video nie??

mat mengakui yang video nie amat memberi impak yang besar dalam dunia alam maya. sampaikan blogger PapaGomo menggelupur kepanasan dan terus-terus menyalahkan UMB kerana gagal untuk melawan jumlah "LIKE" berbanding "DISLIKE" yang terdapat dalam video nie.. Politics Is About Numbers.. Tapi mengapa UMB harus dipersalahkan dalam hal nie?? adakah kerana tidak ada keberkesanan dalam unit cybertroops UMB?? atau peserta yang ramai dari bengkel yang diadakan oleh PapaGomok. Kelik [ SINI ]

Sepatutnya apabila PapaGomo menjadi blogger BN No.1, dia tidak patut  untuk menempak orang lain sesuka hati. menegur sesama sendiri untuk kebaikan adalah tidak salah, tetapi tidak perlu untuk menyalahkan orang lain. mat akui nie semua adalah salah kita semua yang memainkan peranan penting dalam media baru. rasanya tidak perlu untuk menuding jari kepada sesiapa kerana nie sememangnya kelemahan yang perlu diperbaiki memandangkan PRU-13 yang semakin hampir.

mat adalah pendatang baru dalam dunia blogger dan media baru nie. mat berpendapat yang setiap cybertroops Barisan Nasional tidak kira dari mana datangnya perlu bekerjasama bagi memastikan kejayaan kita memenangi perjuangan alam maya nie.. tidak perlu laa berbangga dengan ranking yang kita perolehi sekarang. Kita merasakan yang diri kita sebenarnya bagus tetapi adakah kita tahu yang ada orang yang jauh lebih bagus dari kita dan kita mesti berusaha untuk menyaingi orang tersebut.



Lihatlah kedudukan sebenar PapaGomo.. Kita perlu memastikan diri kita menjadi lebih baik dari apa sebelumnya. Jika nak diikutkan ranking Pro-BN memanglah PapaGomo adalah no.1, tapi nak dibandingkan dengan pilihan ramai?? Siapa yang No.1?? mat pon tak tahu.. yang pasti ranking AMENOWORLD adalah jauh lebih bagus dari PapaGomo.. adakah PapaGomo menjadi pilihan ramai?? So kita kene laa bantu membantu dalam memastikan kekalahan media baru pembangkang.



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...