-->

Sebelah Sayap

Monday, 14 May 2012

@PapaGomo Blogger Biadap..!!


Mat bukan nak cakap apa laa..tapi pada mat cemohan yang dilemparkan oleh PapaGoma adalah keterlaluan.  UMB telah banyak mengajar mat erti seorang pejuang alam maya nie. Jika dulu mat hanya tahu menulis blog mengenai hukum-hukum agama, cinta dan masalah hidup. Kini mat telah mendapat ilmu yang jauh lebih berguna untuk meluaskan lagi kebolehan dan kurniaan yang Allah beri kepada mat. 


Mat telah mengetahui cara blog yang sihat dan mat tidak di dedahkan dengan cara blogging yang kotor seperti PapaGomo dan seteru-nya lakukan. Bagi mat adalah tidak baik untuk mencari publisiti murahan dengan meletakkan gambar-gambar lucah atau bahasa-bahasa kasar dalam mencuri perhatian pembaca. 

Sebenarnya bagi mat, pembaca tidak berminat dengan anasir-anasir kotor seperti yang dimainkan oleh PapaGomo and the geng. Cara penulisan mereka nie yang membuatkan pembaca menjadi muak dan benci kepada UMNO dan Barisan Nasional dan kebanyakkan mereka yang membaca blog atau portal nie adalah dari golongan muda dan belia.


Jika PapaGomo and the geng mempunyai kekuatan kenapa tidak melakukannya sendiri?? Kenapa tidak saja Papagomo guna semua cybertroops yg dilahirkan melalui konvesyen media sosial yg selalu beliau adakan?

Mat pernah ikuti konvesyen ini ketika di Kelantan, tiada sebarang manfaat yang mat dapat selepas sahaja program tersebut selesai diadakan.

Apa yang mat dapat melalui program konvesyen media sosial yang mana gomo turut sama hanyalah bag kertas yang berisi t-shirt dan cap.

Jika UMB mendapat peruntukan untuk membina kekuatan cybertroops-nya sendiri, adakah PapaGomo langsung tidak menerima peruntukan?? 

Jika tiada peruntukkan bagaimana papagomo mampu mengadakan konvesyen media sosial yang begitu gah sekali?

Dari kursus yang dilakukan oleh UMB, mat mendapat sesuatu yang sememangnya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Ketinggian ilmu yang dicurahkan itu adalah sesuatu yang berharga. Sehinggakan mat dapat menilai sesebuah penulisan itu adalah benar-benar tulen ataupun hanyalah rekaan semata-mata. Jika mat tidak hadir ke kursus yang dilakukan oleh UMB nie, mat rasa blog Mat Despatch Otai nie akan jadi blog Mat Bunga Kuncup laa..

Sesebuah artikel ataupun entry yang mat hendak masukkan memerlukan research ataupun berdasarkan sumber yang pasti. Entry ataupun artikel nie mana boleh main langgar je macam PapaGomo dan rakan-rakan lakukan. Ilmu yang mat dapat semasa kursus UMB nie telah membuka mata mat yang laporan berita oleh MalaysiaKini adalah satu laman informasi yang penuh dengan penipuan dan kebanyakkan ceritanya adalah rekaan semata-mata. Mat tak suka dengan nama MalaysiaKini tetapi mat lebih berminat jika nama MalaysiaKini diubah menjadi MalayS Sangat. 

Bukan sahaja mat diajar dengan cara penulisan, tetapi mat diajar menggunakan blog untuk mempertahankan kampus. Bukan sekadar kampus tempat mat belajar, tetapi mat dan rakan-rakan dididik untuk saling bantu-membantu di antara satu dengan yang lain untuk mempertahankan kampus dari diceroboh dengan berita-berita fitnah dan palsu. 

Sudah banyak kali mat ikuti artikel papagomo, bila artikelnya dijawab dan cabaran dikemukakan. Dia akan bersikap berdiam diri.

Jika blogger no.1 umno bersikap begini mat tidak rasa hairan jika orang muda benci dan meluat dengan umno.

P/S: PapaGomo dont be so notie.. people dont like it laa.. ohh yea.. and his friend..

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...