-->

Sebelah Sayap

Monday, 14 May 2012

[VIDEO] :: Bangkang Dari Longkang Terbaik Dari Ladang.


Terbaik dan menepati sasaran. Syabas dan tahniah mat ucapkan kepada golongan seni nie. walaupun tidak menujukan secara tepat siapakah sasaran mereka, namum ada pihak yang panas dan tidak dapat duduk dengan senang. Mat menjangkakan dari 151,585 pengunjung yang telah melihat video nie, seramai 3736 orang pengunjung telah menekan butang "DISLIKE" dan 1114 orang pengunjung telah menekan butang "LIKE". 

Mat beranggapan bahawa golongan yang telah menekan butang dislike nie merupakan beberapa group cybertroops pembangkang yang terdiri dari 30 orang ahli.. setiap ahlinya wajib mempunyai akaun youtube sekurang-kurangnya 15 akaun. seperti yang dilakukan oleh Cybertroops pembangkang yang terkenal Jingga 13. kalau korang nak tahu yang pakat dislike ramai-ramai tue antaranya diorang laa..

kembali kepada video nie, mat tak rasa sangat ada unsur nak kutuk siapa-siapa.. dia hanya nak buat video tentang isu semasa dan dijadikan benda lawak.. sama seperti apa yang dilakukan oleh Afdlin Shauki dan Haron Salim Bachik ketika menjadi pengacara dalam SUPER SPONTAN.. dia telah membuat jenaka akan isu cincin 24 juta semasa minggu ke 2.. tue lagi laa terang-terang isu Rosmah Mansur yang hangat diperkatakan oleh media pembangkang..

berbeza dengan kali nie.. apabila Afdlin, haron, dan johan bergabung untuk membuat satu sitkom mengenai isu semasa dan dijadikan bahan lawak.. ternyata dan jelas media pembangkang terasa tercabar dengan idea dan cara afdlin serta rakan-rakan memainkan isu nie.. tidak menyebut nama mana-mana pihak.. tidak ada menyentuh sensitivit sesiapa.. hanya LAWAK!! kahkahkaah!!



P/S: alahai.. ramainya yang terasa dengan video nie..kahkahkah!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...