-->

Sebelah Sayap

Monday, 5 November 2012

TG Hj Hadi Restu Orang Melayu Sertai DAP

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggalakkan dan merestui orang Melayu menyertai DAP.

Beliau berkata, hubungan politik antara PAS dan DAP adalah hubungan yang aneh dan pelik kerana ideologi kedua-dua parti pembangkang itu bertentangan antara satu sama lain.
"Oleh itu, adalah agak aneh untuk Abdul Hadi membuat kenyataan itu kerana kita semua tahu bahawa hubungan DAP-PAS bermasalah dan tidak kukuh," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Muhyiddin juga berkata: "Kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden PAS itu. Semua orang tahu khususnya orang Melayu bahawa DAP tidak pernah menjadi parti yang berjuang untuk semua kaum," katanya.

Beliau berkata, DAP adalah parti yang mementingkan satu kaum sahaja dan tidak demokratik.

Malah DAP tidak pernah bertanding di kawasan Melayu dan hanya memilih kawasan bukan Melayu, terutama kawasan-kawasan bandar, katanya.
Menyentuh tindakan DAP menghalang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, beliau berkata, bahawa parti itu "memang cakap tak serupa bikin."

"Kita mendengar mengenai prinsip perjuangan, menjunjung ketelusan dan sebagainya yang dijadikan asas perjuangan parti itu, tetapi dari segi amalan sebenar, ia tidak begitu," katanya.

Ditanya pandangan timbalan perdana menteri mengenai bekas presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Datuk Zaid Ibrahim yang ingin bertanding di Pekan, beliau berkata:
"Itu saya tidak tahu. Kita tengok betul atau tidak," katanya. - BERNAMA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...