-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 21 November 2012

Carew Bakal Bersama Pasukan Seladang

Ape gilernye team bola Perak ni yob. Nak beli player hebat-hebat je. Cer amek yang macam Ghaddar.. (kikikiki) baru ler boleh menang Piala Malaysia. Ape-ape pon mengkeme-mengkeme bace artikel dari PAFA ni.


Penyerang West Ham United, John Alieu Carew yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menyarung jersi Perak untuk Liga Super musim 2013 akan datang, jika perbincangan dengan ejennya berjalan lancar.

Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, Perak sedang berbincang secara serius dengan ejen pemain tersebut.

“Saya berharap impian membawa pemain bertaraf dunia itu ke Ipoh akan menjadi kenyataan,” jelas Azwan dalam sidang media mengumumkan hasrat Perak mendapatkan John Carew di pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ipoh semalam.

Penolong Pengurus, Isham Shaharuddin, Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah dan setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin turut hadir.

John Carew, 33, merupakan pemain kebangsaan Norway telah beraksi 91 perlawanan antarabangsa dengan menjaringkan 24 gol sejak tahun 1998 lalu.

Beliau pernah beraksi dalam Kejohanan Bolasepak Negara Eropah (Euro 2000 dan 2008) dengan menyarung jersi Norway.

Sebelum menyarung jersi West Ham United, Carew pernah beraksi dengan kelab Roma di Itali pada tahun 2003 dan 2004.

Selepas itu, berpindah ke Liga Turki dengan mewakili kelab Besiktas pada tahun 2004 dan 2005 lalu.

Carew beraksi dengan kelab Lyon, Peranchis selama dua musim iaitu 2005 hingga 2007 dan berpindah ke EPL dengan menyarung jersi kelab Aston Villa dari tahun 2006 hingga 2010.

Selepas itu, dipinjamkan ke Stoke City pada musim 2010 dan 2011 seterusnya berpindah ke West Ham United pada 2011 dan 2012.

Selain John Carew, Perak juga sedang mengintai beberapa pemain dari Liga Singapura, Thailand dan Indonesia.

“Perak berharap dapat memuktamadkan pengambilan dua pemain import itu sebelum 3 Disember depan,” kata Azwan.

Beliau memberitahu Perak perlu menghantar nama kedua-dua pemain import kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 5 Disember.

Sebelum ini, Perak sudah menguji tiga pemain Brazil dan masing-masing seorang pemain Rusia dan Liberia sejak minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Azwan berkata, kelima-lima pemain yang dibawa oleh ejen itu tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.

Difahamkan, Perak tidak jadi mengambil penjaring terbanyak Liga Singapura, Federic Mendy dari Home United kerana penyerang tersebut enggan menjalani ujian pemilihan.

Sebaliknya, Mendy ingin terus menandatangani kontrak dengan skuad Seladang tanpa menjalani ujian pemilihan.

Azwan berkata, Perak akan menguji beberapa pemain import lagi dalam perlawanan ujian pada 23 November nanti.-Pafa



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...