ALOR SETAR: Kereta yang terjunam ke sungai di Pendang petang semalam ditemui kira-kira jam 9 pagi tadi dengan hanya seorang mangsa berada di dalamnya.
Kereta itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 30 meter daripada lokasi ia dilapor jatuh di Sungai Padang Kerbau, dekat sini.
Mangsa disahkan sebagai Mohamad Shawal Razali, 24, dari Taman Pauh Indah, Permatang Pauh.
Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.