-->

Sebelah Sayap

Friday, 9 November 2012

Ikhwanul Muslimin Memberi Amaran Keras Kepada PAS



IB - Dek kerana keangkuhan Mat Sabu mencabar sensitiviti umat Islam terutama para pejuang yang menentang rejim Bashar Assad dengan melakukan kunjungan hormat berjumpa dengan menteri kanan pemerintahan kuku besi Damsyik (baca), Ikhwanul Muslimin telah memberi kata putus kepada PAS.

Dalam satu pertemuan khas baru-baru ini, wakil Ikwanul Muslimin Syria datang khas ke Tanah Air kita untuk bertemu dengan Presiden PAS, Haji Hadi Awang.

Kedatangan mereka adalah semata-mata untuk menegur serta memberi ultimatum kepada pimpinan PAS agar menjaga sensitiviti mereka, para pejuang di Syria dan seluruh umat Islam. Ultimatum ini diberi setelahtersebarnya rakaman video siaran TV Syria berhubung kunjungan hormat Mat Sabu tersebut.

Ultimatumnya bernada keras sekali. Jika PAS tidak sensitif dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin Syria dan terus memberi sokongan moral kepada rejim Assad, maka pertemuan itu adalah yang terakhir dan hubungan Ikhwan dengan PAS akan diputuskan.

Lawatan Mat Sabu ke Syria sudah pasti bagi memberi sokongan kepada rejim Syiah Assad yang pro-Iran (baca: Pengawal Revolusi Iran Ditangkap/Culik Oleh Penentang Bashar Assad) yang juga sealiran dengan fahaman kufur Syiah Mat Sabu (baca: Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah).

Keberanian dan keangkuhan Mat Sabu adalah kerana kedudukannya yang sudah kukuh sebagai Timbalan Presiden PAS berserta dengan sokongan padu puak-puak Syiah di Malaysia yang sudah menyelinap penuh di dalam keahlian PAS serta memegang beberapa posisi penting dalam PAS (Bilang sahaja berapa orang Pesuruhjaya (PJ) Negeri yang sudah menganuti fahaman Syiah!!!).

Hinggakan MB Azizan sendiri (satu-satunya pimpinan PAS yang berani menyanggah Anwar) turut diberi amaran agar tidak  ganggu Syiah di Kedah jika mahukan sokongan mereka dalam PRU akan datang. Terduduk Azizan hingga sekarang kerana sayangkan kedudukan MB dari bertegas dalam isu akidah.

SUMBER: AIDC

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...