-->

Sebelah Sayap

Monday, 5 November 2012

TG Hj Hadi Bertanding Di Pekan.


Huish!!! Memang ketar betul la orang - orang UMNO dibuatnya bila dengar cerita kata Si Hadi Awang tu nak bertanding di Pekan menentang Datuk Seri Najib.

Sampai ada yang sejuk satu badan. Tu belum kira yang masuk Hospital sebab terlalu takut bila dengar berita yang cukup Gempar tu.

Kalau ikutkan Si Ciputdin Muka Bulan tu, memang lebih kurang macam tu la keadaannya bila Hadi Awang buat pengumuman kata dia nak bertanding di Pekan.

Si Ciputdin tu kata, kononnya orang UMNO ni takut kehilangan Datuk Seri Najib jika Presiden PAS tu bertanding di Parlimen Pekan.
"Jadi kita rasa, Umno takut dengan Presiden Pas yang menyampaikan hasratnya untuk bertanding di Pekan baru-baru ini.

"Kita juga percaya kepada kehendak rakyat dan kebijaksanaan rakyat untuk membuat keputusan serta pilihan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Inilah ayat orang yang tak boleh nak terima Kebenaran. Yang sebenarnya ketar lutut bila dengar Hadi Awang tu nak bertanding di Pekan bukannya UMNO.

Sebaliknya PKR Pahang sendiri yang dah mula ketar lutut. Semua orang di Pahang tahu bahawa PKR Pahang berkeras mahu kerusi Pekan dikekalkan untuk mereka.

Malah, Si Fauzi Pendek selaku Pengerusi PKR Negeri sendiri pun pernah menyuarakan perkara tersebut
kepada Si Ketua Penipu tu.

Semuanya sebab PAS Pahang sendiri mahu kerusi Parlimen Pekan dikembalikan kepada parti tersebut memandangkan PKR memang tak de kemampuan lansung nak menang!!! Sebab itulah PKR Pahang meroyan macam orang Gila!!!

Sumber: SemutHitam

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...