-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 21 November 2012

Nak Tahu Foto Ni Dekat Mana?

Dr MiM dedahkan rahsia disebalik foto UAI. Baca artikel pendedahan dibawah.

Sebelum ini MiM telah menulis entri tentang isu Ustaz Azhar Idrus dan foto beliau yang didakwa sedang menjamu selera di Mc Donald. KLIK SINI

Azhar Idrus telah menjawab beliau tidak makan di Mc Donalds tetapi bersebelahan dengan kedai makanan segera itu. Beliau juga berkata foto tersebut di ambil di Johor dan bukannya di Kota Baru.

Selain daripada itu, Azhar Idrus juga mengatakan gelas beliau diisi dengan air nescafe yang dibeli oleh rakan beliau dari kedai sebelah. Itu jawapan Ustaz Azhar Idrus.

Isu ini sangat panas, bukan sahaja dalam blog ini tetapi blog-blog lain, twitter dan juga Facebook. Malah, MiM menerima banyak komentar tentang entri Azhar Idrus ini.

Ada yang menanyakan rasional isu Azhar Idrus diketengahkan kerana beliau dan keluarga hanya makan sahaja. Tak salah, kata mereka.

Ada juga di antara pembaca MiM yang mempersoalkan kesahihan lokasi yang dijelaskan oleh Azhar Idrus iaitu di Johor.

Mereka mengatakan bahawa lokasi foto tersebut adalah di Mahkota Parade, Melaka!

Malah, satu perkara yang peculiar dalam foto tersebut ialah nama kedai (rujuk bulatan dalam foto di atas). Ianya seperti singkatan 'Famosa Time', kedai jam tangan yang terdapat di Melaka.

Yang menarik juga adalah foto di bawah yang dihantar oleh pembaca MiM yang menunjukkan interior design Mc Donalds di Mahkota Parade, Melaka. Ada persamaan?

Seterusnya KELIK SINI

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...