-->

Sebelah Sayap

Friday, 10 August 2012

Wanita Ini Pitam Kerana Tiket Bing Bang Habis Di Jual.

SAAT ini, ribuan peminat fanatik kumpulan K-Pop terkenal Big Bang hanya menghitung hari sebelum dapat bertemu mereka pada konsert terhebat di Malaysia pada penghujung Oktober ini. Malah, ramai yang tidak terkecuali berduka kerana gagal mendapatkan tiket.

Itulah fenomena luar biasa Big Bang yang masih sukar digugat artis muda seangkatan mereka.


Jelas populariti dan wajah kacak lima anggotanya, G-Dragon, 23; T.O.P, 24; Taeyang, 24; Daesung, 23, dan Seungri, 21, begitu memikat hati peminat antarabangsa.

Ketika melancarkan album berjudul Alive, pada 29 Februari lalu, Big Bang mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan siri konsert jelajah dunia. Ini membuatkan peminat tidak menunggu lama untuk merebut peluang membeli tiket konsert mereka itu.

Ramai yang terpaksa ‘meraung’ kerana kehabisan tiket dan buktinya, jualan di Indonesia lantas habis dalam masa 30 minit saja selepas dibuka pada 9 Jun lalu.

Malah di Kuala Lumpur sendiri, penjualan tiket untuk konsert mereka yang berlangsung pada di Stadium Merdeka pada 27 Oktober ini juga begitu laris. Satu rekod mengagumkan tercipta apabila 3,500 peminat berbaris sebaik kaunter sebaik saja dibuka di Fahreinheit88, Jalan Bukit Bintang pada 28 Julai lalu.

Sehingga jam 6 petang pada hari berkenaan, 95 peratus tiket daripada 12,000 tempat sudah terjual!

Big Bang nyata pantas menjadi popular selepas ditubuhkan pada 2006. Anugerah demi anugerah diraih saban tahun dan dunia mula memandang apabila muncul dalam Grammy Awards.

Tidak berakhir di situ, Big Bang juga menundukkan populariti dua nama besar Barat iaitu Avril Lavigne dan One Direction pada anugerah TRL Awards 2012.

Walaupun masing-masing sedang memfokuskan sepenuhnya kepada siri jelajah terbaru mereka, bukan pula satu halangan kepada karier solo seorang anggota mereka, G-Dragon yang akan melancarkan album keduanya bertajuk Blue penghujung bulan ini.

Mengakui tidak mudah untuk menghasilkan album kali ini kerana banyak usaha dan tekanan perlu dilalui, G-Dragon bagaimanapun bangga dengan hasil Blue.

“Cita rasa muzik saya berubah dengan pantas. Dulu saya begitu terpesona dengan album Tonight, namun sekarang saya lebih menyukai Blue kerana semua lagu begitu menarik dan ada makna yang benar-benar mendalam kepada saya. Saya tidak sabar menunggu reaksi peminat kami apabila mendengar hasilnya nanti.

“Lebih daripada itu, menerusi Blue saya yakin mereka yang berumur 30-an ke atas juga turut menyukai lagunya,” kata G-Dragon.

Mengenai sambutan terhadap Big Bang, beliau akui keadaan sangat terkawal dan tersentuh dengan komuniti peminat mereka sendiri apabila mereka saling mengingatkan sesama sendiri menerusi laman twitter dan facebook mengenai jualan tiket.

“Sangat mengagumkan apabila melihat peminat pelbagai peringkat usia mahupun bangsa berbaris sambil tolong-menolong sesama sendiri ketika proses penjualan berlangsung.

“Ini sekali gus membuktikan bahawa muzik ini satu bahasa universal yang menyatukan manusia dari pelbagai latar belakang. Saya yakin, konsert terbaru kami itu nanti menjanjikan kepuasan,” katanya.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...