-->

Sebelah Sayap

Tuesday 28 August 2012

Apek Kemalangan.?


Beberapa minit lalu, saluran berita Astro Awani menerusi akaun Twitter mereka mengesahkan yang Khairul Fahmi Che Matterlibat dengan kemalangan, semalam.

Kenyataan ringkas itu turut menyebut yang Khairul Fahmi Che Mat mengalami kecederaan selepas kereta yang di’pandunya terbabas tengah malam tadi.

Kelantan FA menerusi akaun Facebook mereka mengirimkan sekeping gambar kereta berjenama Audi yang di’dakwa milik penjaga gol yang terlibat dalam kemalangan semalam.

Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok Kelantan dan sehingga ke saat ini status kecederaan Kharul Fahmi Che Mat masih belum di’ketahui. Doakan yang terbaik untuk beliau.

UPDATE-1: Khairul Fahmi Che Mat menerusi akaun Twitter beliau memaklumkan yang diri’nya hanya mengalami luka kecil akibat kemalangan ini & berterima kasih kepada mereka yang prihatin serta mendoakan kesihatan beliau.



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...