-->

Sebelah Sayap

Saturday, 11 August 2012

HARAM SOKONG DAP.


KOTA BHARU – Perbuatan menyokong dan bersekongkol dengan DAP adalah haram dan berdosa, kerana prinsip parti itu yang secara terang-terangan menolak penubuhan negara Islam dan hukum hudud, kata pengasas Pondok Genting, Tumpat, Abdullah Sa’amah.

Beliau , seperti dilaporkan dalam Utusan Malaysia, menegaskan bahawa umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

“Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

“Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Abdullah berkata, agenda perjuangan DAP adalah sama sekali berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...