-->

Sebelah Sayap

Thursday, 2 August 2012

Kisah Pelajar Ini Menyesal Menyertai BERSIH 2.0


KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Bernama) -- "Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini." 
Demikian luah Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjamannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) selepas didapati menyertai perhimpunan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lepas. 
Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu yang menerima nasib itu, dan hari ini beliau menemui Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula. 
"Saya sebelum ini telah diluluskan pinjaman oleh YT sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu saya telah belanja sebanyak RM170,000 untuk yuran pengajian dan sara hidup," katanya kepada pemberita di sini. 
Beliau yang datang bersama bapanya Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan pada Julai tahun lepas, tidak ada pihak lain yang tampil membantunya dalam meneruskan pengajian. 
-- BERNAMA
Jika betol laa Pakatan Rakyat bersama-sama dengan rakyat.. Hasyim tidak akan terbiar tanpa sebarang bantuan.. Pinjaman dari Yayasan Terenggani telah diberhentikan.. Tiada lagi sumber yang dapat membantu dia meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Al-Azhar.

Dari berita yang Mat dapat nie.. Mat dapat simpulkan beberapa konklusi..

  1. Pakatan Rakyat tidak akan bertanggungjawab atas tindakan yang akan diambil oleh kerjaan ke atas peserta demo tak kira penjawat awam mahupun pelajar.
  2. Pakatan Rakyat hanya mahukan undi berpihak kepada mereka namun tidak akan berpihak kepada pengundi  jika masalah menimpa pengundi tidak menguntungkan mereka.
  3. Inilah sebenarnya sikap sebenar Pakatan Rakyat yang tidak "concern" kepada penyokongnya.
Kalau korang yang join demo anjuran pembangkang nie pastikan korang nie "somebody" laa.. macam Shukri Rembau.. Adam Adli.. Haziq Abdullah.. Baru laa payong besar pembangkang hulur sikit bantuan.. Kalau korang nie sekadar semut-semut hitam.. LUPAKAN SAHAJA.. NASIB KORANG TIDAK AKAN TERBELA!!


Sikap pembangkang tidak akan pernah berubah selagi Anwar Ibrahim dan puak Anwarisme berada dalam struktur organisasi pembangkang

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...