-->

Sebelah Sayap

Saturday, 25 August 2012

Bendera PAS, BN Di Bakar. Angkara Siapa.?






Alahai. Takde semangat patriotik langsung. Lagi berapa hari je lagi nak sambut Hari Kemerdekaan, tapi yang kelihatan dekat jalan-jalan penuh dengan bendera parti-parti. Mana semangat cintakan negara tu..?

Kata sayangkan Malaysia, taknak Malaysia jadi teruk laa, ditadbir oleh orang-orang yang mementingkan diri dan sebagainya. Tapi tengoklah sendiri macam mana korang punya sayang dekat negara. Hari paling bermakna buat negara korang buat bodoh je. Sibuk dengan parti korang. Tak kire laa kerajaan or pembangkang, kalau nak sangat menang pon jangan laa sampai mengabaikan hari bermakna untuk negara.

Korang kata korang berjuang untuk rakyat, untuk pembangunan negara bagai tapi benda yang mudah macam nie pon korang boleh ambil mudah. Korang ingat korang mampu ke nak mentadbir negara dan mengubahkan masa depan negara. Korang tak tunjuk rasa HORMAT pada negara.

Nak tunjuk yang korang sayang dekat negara nie tak perlu untuk berdemo bagai, tue memang terang-teranglah nampak korang nie sayangkan negara. Tapi korang kene bersusah payah, langgar peraturan lagi. Cara paling mudah korang nak tunjuk yang korang sayang negara adalah dengan mengibarkan bendera Malaysia pada hari kebangsaan. Hari Merdeka, takkan tak sanggup keluarkan modal tak sampai RM10 untuk beli bendera dari korang keluarkan duit ratus-ratus beli tiket bas, beli t-shirt sume bagai untuk tunjuk yang korang sayangkan negara nie.

Malu laa dengan negara lain, negara lain kalau sambut hari kebangsaan diorang parti ditolak ke tepi. Apa yang penting bagi diorang adalah menyambut hari kebangsaan. Mat bagi contoh terdekat, Indonesia. Kalau hari kebangsaan dah macam ada riot gergasi. Semua rakyat turun dan bawak bendera untuk menyambut hari kebangsaan.


Kalau korang nak lagi dekat korang tengok dekat Singapura yang korang asyik kata negara yang teruk sebab rasis tue. Hakikatnya dalam korang kata diorang rasis, bile sampai hari kemerdekaan mereka, mereka sambut tanpa mengira bangsa kot..!! Malu laa weyh..!!!



Sudah-sudah laa parti tue. Lupekan sekejap. Jom kita sambut Hari Kebangsaan kita..!!
We Are All Malaysian.



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...