-->

Sebelah Sayap

Monday 6 August 2012

Bolt Malu Untuk Pecahkan Rekod Miliknya.


Kepantasannya mungkin tidak dapat ditandingi buat masa nie.. Usain Bolt telah memenangi pingat emas dalam acara kegemarannya iaitu 100 meter.. Mat tengok semasa semi final tadi.. Bolt hanya mencatatkan masa 9.87 berbanding dengan dua pencabar utamanya Yohan Blake dan Justin Gatlin yang masing-masing mencatat masa 9.85 dan 9.82.

Mungkin masa yang dicatatkan semasa semi final tue hanya untuk melayakkan dia ke final.. Di arena akhir 100 meter ternyata Bolt lebih pantas dari kedua-dua pesaingnya dengan mencatatkan masa 9.63 saat. Walaupun dia gagal untuk memecahkan rekod miliknya sebelum nie 9.58 saat..

Tapi apa yang Mat lihat semasa final 100 meter nie.. Bolt malu-malu untuk menunjukkan kemampuannya memecahkan rekod miliknya tue.. Dia nampak memperlahankan kelajuannya pada akhir-akhir perlumbaan. Nampak sangat.. Macam dia menunggu masa yang sesuai untuk memecahkan rekod miliknya tue..

Ape-ape pon Usain Bolt adalah manusia lari paling laju atas muka bumi nie untuk acara 100 meter..


Anwar Ibrahim mesti lagi laju.. laju je lari dari tuduhan ke atas dia.. HaHa!! BOLT pon kalah~!!!

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...