-->

Sebelah Sayap

Monday 13 August 2012

Artis Ini Masuk Disko Dan Di Halau.


Adakah anda bersikap serius wahai Sharifah Sofia? Tudung dan pusat hiburan lebih lebih lagi disko memang tidak sinonim dan apa yang terjadi bukan salah siapa siapa.

Baru baru ini, Sharifah Sofia telah berkunjung ke sebuah pusat hiburan untuk menghabiskan masa seperti yang biasa beliau lakukan sebelum beliau berhijrah pun.

Namun kunjungan Sharifah Sofia dalam keadaan berhijab ke pusat hiburan itu telah mengundang kurang senang pengunjung lain sebelum pekerja di’situ meminta beliau keluar.

“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan?” ujar Sharifah Sofia kepada mStar Online dan ini secara automatik mengundang double facepalm.

“Masa itu saya tertanya kenapa kehadiran saya dipersoalkan kerana saya bukannya mengambil minuman keras atau pun buat perkara yang tidak senonoh pun?” tambah Sharifah Sofia.

Beliau kemudian berkongsikan pengalaman itu di Twitter dan membaca buku agama sebelum menyedari kewajaran untuk mengelakkan tempat sebegitu jika ingin berhijrah sepenuhnya.-RotiKaya

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...