-->

Sebelah Sayap

Monday, 11 February 2013

Tanah Kubur Pulak Kene Rampas Dengan Pakatan Pulau Pinang

Aku ingatkan dekat Pulau Pinang ni orang melayu Islam je yang kene tindas. Rupanya kali ni kaum india yang beragama hindu pon kene tibai. Tanah kubur diorang habis kene tibai dengan pemimpin yang rakus apabila tanah kubur untuk penganut agama hindu ni kene ambil untuk buat perumahan. Giler ke hape? Tiba-tiba bila rumah dan siap tapi banyak hantu macam mana? haha..


Makanya, apabila perbuatan yang dibuat oleh wakil rakyat Pakatan ni dah tak rasional. Satu bantahan dah pon dibuat pada tengah hari semalam oleh satu kumpulan india terhdapa pengambilan tanah perkuburan India yang bakal dirampas dan diberikan kepada Hindu Endowment Fund Pulau Pinang. 

Bantahan telah dibuat dihadapan Restoran Hai Siang Seafood di Jalan Besar Simpang Ampat Seberang Prai. Bantahan yang diketuai oleh MV Mathuyalagan a/l Veeriah ni mendapat sokongan padu daripada 40 orang penduduk Ladang Batu Kawan, Ladang Celdonia dan Simpang Ampat yang ingin hak mereka terus dipelihara.


Tanah perkuburan India dekat Ladang Batu Kawan ni merangkumi kawasan seluas 4 ekar tanah. Pengambilan tanah seperti ni bukanlah yang pertama berlaku di Pulau Pinang. Sebelum ni tanah ladang yang diberikan oleh kaum India untuk tujuan perumahan telah dirampas oleh Xavier dan Sivarasa untuk tujuan lain dan secara tak langsung telah menyalah gunakan kuasa pihak negeri.

Semasa PC yang dibuat oleh M.V Mathialagan, dia menjelaskan bahawa penduduk tidak berpuas hati dengan rampasan tanah kubur orang India dan Prof P.Ramasamy tidak mempunyai kuasa lagi sebagai Timbalan Ketua Menteri II untuk campur tangan dan hanya menjadi cai untuk memberitahu meraka akan perampasan tanah perkuburan orang India di Batu Kawan.


Korang boleh baca lagi pendedahan dekat SINI



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...