-->

Sebelah Sayap

Friday, 15 February 2013

#Lawak!! Lelaki Menyamar Sebagai Anak Sultan Kedah DiTahan!!


Gara-gara mendakwa dirinya putera kepada Sultan Kedah, seorang pesawah padi didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas 13 pertuduhan memperdaya seorang pegawai bank tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Aszuraidi Abd. Aziz, 31, mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah memperdaya seorang pegawai bank, Akbar Mohamad, 53, antara 8 Ogos hingga 27 November tahun lalu di Taman Istimewa Pandan di sini dengan mengaku dirinya anak kepada Sultan Kedah dan mempunyai banyak harta di bawah nama ‘ayahandanya’ itu.

Tertuduh yang berasal dari Alor Setar, Kedah mendakwa mahu membuat urusan penukaran nama harta Sultan Kedah kepada namanya dan memerlukan sejumlah wang untuk tujuan itu.

Selanjutnya di SINI

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...