-->

Sebelah Sayap

Monday, 25 February 2013

Rakyat Selangor Tagih Janji

Budiman Mohd. Zohdi menunjukkan senarai rumah kos rendah dan rumah lain yang didakwa oleh Kerajaan Negeri Selangor telah mereka siapkan ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.

 'Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri', itulah antara perkara yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) kononnya untuk membantu rakyat negeri ini khususnya golongan berpendapatan rendah.

Namun, hampir lima tahun hasrat golongan berpendapatan rendah memiliki sebuah kediaman sendiri nampaknya seolah-olah kabur berikutan pakatan pembangkang yang menerajui kerajaan negeri sehingga kini masih gagal membina perumahan kos rendah untuk rakyat di Selangor di bawah RM42,000.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) Budiman Mohd. Zohdi menegaskan, rakyat Selangor terutamanya golongan berpendapatan rendah termasuk orang muda di negeri ini dilihat dari semasa ke semasa semakin terhimpit dengan kos harga perumahan yang melonjak tinggi melampaui kemampuan kewangan mereka.

selanjutnya di SINI

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...