-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 6 February 2013

Alhamdulillah. Terima Kasih Kepada DS @AnwarIbrahim Kerana Menderma Kepada Gaza!!


Alhamdulillah. Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah membuktikan kepada orang ramai yang dia sebenarnya bukanlah seorang yang sepenuhnya menyokong yahudi. Walaupun satu ketika dahulu dia pernah cakap..  “I support all efforts to protect the security of the state of Israel”




Kalau nak dikira dengan jari memang tak cukup laa der. Tapi jumlah USD 700 000 tuh bukanlah satu jumlah yang kecil. Kalau diconvertkan dalam Ringgit Malaysia dah jadi RM2.1 juta. Giler banyak der. Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada DS Anwar Ibrahim kerana kemurahan hati untuk menderma dengan jumlah yang banyak seperti tu.

Tapi. Persoalannya disini. Banyak betol duit Pak Nuar ni sampai boleh derma sebegitu banyak. Aku tak menuduh cuma aku nak tahu dari mana datangnya duit yang banyak ni. Kenapa bantuan kepada Gaza ni timbul selepas Najib gi Gaza. Adakah sebab terasa tercabar dengan karier politiknya yang akan berakhir dengan lawatan yang telah dibuat oleh Najib?

Tuh satu hal, satu hal lagi yang buat aku fikir dua tiga kali mana si Nuar ni kaut duit? Kalau duit tuh datangnya dari negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Haram ni. Maka duit tu wajib laa diberikan kepada orang yang lebih memerlukan seperti golongan ibu tunggal yang telah ditipu oleh Khalid gagap. Ataupun duit itu digunakan untuk orang kelantan mendapatkan air bersih. Mungkin boleh jugak digunakan kepada golongan fakir miskin di Kedah dan golongan orang melayu yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rumah kos rendah yang bernilai ratusan ribu.

Kemungkinan yang paling besar bermain dekat kepada otak aku, mungkin wang yang digunakan untuk menyumbang kepada Gaza tuh datangnya daripada Yahudi itu sendiri untuk mengaburi mata orang ramai. Sebab aku cakap macam tuh, Si Nuar ni dah buat salah besar sebab dia telah buat satu kenyataan rasmi tentang pendirian dia mempertahankan yahudi. kehkehkeh!! 

Aku harap apa yang bermain dekat kepada otak aku ni tak betol. Dan aku harap ada laa pihak yang boleh berikan aku bukti yang benar yang menunjukkan wang RM2.1 Juta tu adalah milik Si Nuar. Bukan dari milik kerajaan negeri naungan pakatan haram. Aku nak tengok yang sebenarnya Pak Nuar mempunyai banyak harta. kehkehkeh!!


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...