-->

Sebelah Sayap

Sunday, 10 February 2013

Sikap Sharnaaz Buat ND Lala Panas Hati


Tak habis-habis dengan masalah cinta serta keluarga yang melibatkan penyanyi berbakat besar, Shila Amzah yang dalam dilema di antara konflik yang berlaku di antara kekasih hatinya, Sharnaaz Basir Ahmad dan ayahnya, penyanyi ND Lala.

Semalam, Shila memuat naik videonya meminta maaf kepada semua dan menyanyikan lagu runut bunyi filem Ombak Rindu.

Sebak pun ada ketika menyaksikan video itu.

Diharapkan Shila tabah menghadapi ujian yang dihadapinya kini.

Kes ini pada mulanya berlaku apabila ND Lala menerusi sebuah akhbar menempelak sikap Sharnaaz yang menguar-uarkan perancangannya untuk merisik buah hatinya Mac ini tanpa pengetahuan kedua ibu bapa Shila.

ND Lala juga mendakwa Sharnaaz biadap kerana membelakanginya sebagai orang tau dan wali Shila.

Terbaru, ketika dihubungi oleh rancangan gosip terbitan TV9, Galaksi, semalam, ND Lala berkata, ” tak pernah berlaku perbincangan tentang tajuk ini (perkahwinan)… tak pernah berlaku. Tarikh, pergi merisik, ditegah apa semua, tak berlaku, jadi bagaimana saya nak respons?

“Saya tegas. Ada beza tegas dengan berang. Kenyataan ini saya hantar melalui emel kepada dua. Mana mungkin nampak wajah saya daripada normal tiba-tiba berang. Daripada emel, nampak apa?,” katanya.

Artis yang cukup terkenal ketika di zaman 80-an itu turut percaya akan ada hikmah di sebalik dugaan yang sedang dilalui anak gadisnya itu.

“Shila menempuh dugaan yang sangat tinggi… apa yang berlaku sekarang ini ada hikmah menanti Shila. Kejayaan besar menanti Shila. Rahmat besar menanti keluarga kami. Apabila ALLAH nak bagi sesuatu yang besar Dia akan uji… yang penting kita redha atau tidak.

“Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar. Walaupun pada masa itu saya tak ada lagi di dunia ini. Saya percaya, kalau dia berteraskan kepada kepercayaan yang tinggi kepada ALLAH Taala, insya-ALLAH dia akan selamat di dunia dan akhirat,” katanya.

ND Lala turut merancang untuk membawa keluarga besarnya ke Tanah Suci Mekah bulan depan bagi mengerjakan umrah.

Mynewshub harapkan semoga kemelut yang melanda mereka akan segera berakhir supaya hubungan baik sebelum ini kembali mekar seperti sedia kala.

(BACA: Klip Video Shila Amzah Menangis…Sedihnya…)

Oleh: JULIANA JOHAR

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...