-->

Sebelah Sayap

Friday, 8 February 2013

Ada Barua Pakatan Rakyat Dalam SPRM


Aku berminat untuk share artikel dari bro ParpuKari (PK). Bila dibaca dengan teliti ada terdapat logiknya isu dalam artikel ni. Mungkin benar cerita yang disampaikan oleh bro PK ni. Korang baca dengan teliti dan korang akan nampak logiknya. Tapi aku yakin dengan bro PK punya artikel kali ni. 

Aku ada hati sikit panas la, bermacam-macam pendedahan sudah kita lakukan, tetapi nampaknya SPRM terus tidur, kalau bab BN bukan main laju lagi, seawal subuh SPRM akan serbu punya, kalau bab Pakatan SPRM buat bodoh je dan paling hina sekali bilamana SPRM kata takde kes. 
Khabarnya ada seorang dalang paling besar dalam SPRM ni, dalang ni jawatan dia sangat besar dalam SPRM dan mamat ni adalah penyokong tegar PAS serta semua conman-conman yang boleh suap dia. Inilah masalahnya bila badan yang mencegah rasuah sendiri terlibat dalam RASUAH! Ini bukan aku kata tetapi ramai yang bercerita di luar sana, aku nak share dengan korang artikel Flying Kick pasal SPRM ni. 
Sungguh pelik melihat tindak tanduk SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kelembapan SPRM cukup ketara biarpun SPRM tidak disirami hujan. Namun dari satu segi pula, SPRM cukup efisien dan cukup pantas seolah-olah merekalah yang paling hebat di dunia ini. 
Pendedahan demi pendedahan yang dibuat berhubung penyelewengan serta salah laku melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat, langsung tidak berbekas dan menandakan ada tindakan yang akan diambil oleh SPRM. Sebaliknya SPRM kelihatan cukup bersahaja dan buat-buat pekak badak dalam menangani masalah yang diutarakan serta didedahkan oleh pelbagai media. 
Kes pembalakan-pembalakan di Kedah yang secara jelas melanggar pelbagai peraturan dan akta. Penggubahan status tanah wakaf khas secara haram sehinggakan berlaku perintah mahkamah, kes perubahan status tanah rezab Melayu untuk membolehkan kewujudan sebuah kubur swasta terbesar di tengah-tengah perkampungan Melayu di Sungai Kob melibatkan Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Galian, Exco dan Menteri Besar, pencurian pasir dan mineral sama ada di kawasan-kawasan yang telah digazetkan, mahupun di kawasan-kawasan yang tidak langsung mendapat kelulusan sebagaimana di kaki Gunung Bongsu, di Bukit Kachi dan sebagainya, semuanya jelas telah membuktikan betapa SPRM menjadi buta, tuli dan hati mereka terkatup rapat. 
Kalau di Selangor, dari awal lagi, kes pasir telah didedahkan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan daripada SPRM. Memang benar, SPRM ada mengambil keterangan daripada beberapa orang Exco dan ADUN, malangnya selepas kena gertak dek Pakatan Rakyat, SPRM bagaikan budak kecil yang terkincit dan terberak dalam seluar. Asal Pakatan Rakyat buka mulut sahaja, SPRM akan lari menyorok sambil terketar-ketar ketakutan. 
Pendedahan berhubung pemilikan harta secara tidak sah melibatkan Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin, misalnya, sehingga kini terbiar. Tiada sebarang tindakan daripada SPRM. Bahkan pegawai-pegawai tinggi SPRM yang sebelum ini cukup bercinta dengan kamera dan mikrofon, juga menikus dan hilang terus. 
Cuba kalau melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional... 
Khir Toyo diekori, diawasi dan dipantau 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Walaupun Khir Toyo bersedia untuk memberi keterangan kepada SPRM, agensi berkenaan telah menghantar orang-orangnya menunggu dan membuat intipan dengan begitu jaya. Tidak cukup bukti, SPRM pandai pula mencari orang yang berkaitan dan seterusnya menggunakan keterangan bercanggah saksi tersebut untuk menghadapkan Khir Toyo ke mahkamah. Keterangan-keterangan yang bercanggah, tidak stabil dan tidak keruan telah dimanipulasi sehingga akhirnya, mahkamah mendapati Khir Toyo bersalah. 
Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka... hanya kerana kenduri kahwin anaknya, SPRM melayannya sepertimana SPRM melayan Khir Toyo. Cukup efisien dan cukup hebat. Walaupun Ketua Menteri Melaka itu bersetuju untuk memberikan keterangan dan menjelaskan kedudukan yang sebenar, SPRM tidak peduli. Sangat tegas untuk mengambil tindakan yang lebih keras ke atas Ali Rustam. 
Konon-kononnya SPRM sedang bekerjalah. Dan apabila SPRM sedang bekerja, maka sebarang keputusan yang dibuat, tidak boleh dibantah. Jangan tegur SPRM sebab SPRM sedang melakukan kerja-kerja pencegahan rasuah. 
Kononnyalah! 
Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah. Bersorak para penyokong Pakatan Rakyat kerana kes tersebut disahkan sebagai UMNO makan rasuah.Janice Lee gelapkan beratus ribu ringgit duit derma untuk sekolah Cina di tapak yang tidak wujud di Pandan Perdana, SPRM terus senyap sepi. 
Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah, sekali lagi para penyokong Pakatan Rakyat bersorak kerana UMNO dan Barisan Nasional semakin jelas mentekedaghah rasuah. Lim Guan Eng melakukan transaksi tanah dan terlibat dalam skandal rasuah mafia di Pulau Pinang bagi memastikan Pulau Pinang terus di tangan DAP dan kegiatan maksiat, dadah serta pelacuran tidak dikacau, haram SPRM tak pergi siasat dan tak berani nak sentuh Lim Guan Eng! 
Bersungguh-sungguh SPRM menyiasat tentang kes RM40 juta Musa Aman tetapi pada masa yang sama, SPRM haram tak berkutik apabila melibatkan RM3 bilion Anwar Ibrahim...
Itu sedikit sahaja contoh-contohnya... kalau nak disenaraikan kesemuanya, rasa-rasanya lebih banyak kes berbanding jumlah sebenar penduduk Malaysia melibatkan SPRM dan tindak tanduk agensi berkenaan yang cukup memalukan. 
Sekarang ini, pendedahan berhubung Talam Corporation Bhd di Selangor dan KUIN di Kedah sedang dilakukan. Kita nak tengok sejauh manakah SPRM akan bertindak atau sekali lagi SPRM sedang mencari-cari pemimpin UMNO-BN yang manakah untuk mereka siasat, uar-uarkan dan kemudian cerita tentang Talam Corporation dan KUIN senyap begitu sahaja.
Bukankan taktik sebegitu sudah terbukti dilaksanakan oleh SPRM selama ini?
artikel penuh oleh bro PK korang boleh baca dekat SINI 

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...