-->

Sebelah Sayap

Sunday, 23 September 2012

#PRKUTM : Calon Kehilangan Ibu DiSaat Memerlukan.


Di Saat Si Anak sangat memerlukan sokongan dari ibu untuk meneruskan perjuangan, Si ibu telah pergi buat selamanya. Itulah nasib yang menimpa adik Nur Sabriena Redzelan telah kehilangan Ibu yang tercinta selepas makan bersama petang tadi.

Ibu calon yang datang dari Melaka datang ke UTM semata-mata untuk memberikan semangat kepada Nur Sabriena yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus UTM. Ibu Nur Sabriena telah diserang penyakit asthma selepas termakan makanan alah.

Aku berasa simpati atas apa yang berlaku ke atas adik Nur Sabriena Redzelan. Aku berdoa pada Allah agar  roh ibu-nya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aku harap adik Sabriena kuat dalam mengharungi dugaan yang menimpa. Adik Sabriena perlu lagi kuat untuk menempuh PRK UTM kali ni.

Bukan senang nak berhadapan dengan PRK tanpa sokongan orang tua kita. Aku sendiri dapat merasakan bagaimana sukarnya untuk berdepan masalah apabila tiada sokongan daripada kedua orang tua aku.

Akhir kalam dari aku.. Al-Fatihah buat adik Sabriena di atas pemergian ibunda tersayang.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...