Aku ingatkan isu campur tangan politik luar ni ada dalam kalangan Aspirasi Mahasiswa je. Tapi setakat bunyi je laa tanpa bukti yang bagi aku tak kukuh. Aku pun nak jugak laa dedahkan campur tangan pihak luar bagi pergerakan mahasiswa yang menggelar diri mereka Pro-Menipu..!!
Sekretariat PKPIM adalah satu wadah yang bergerak aktif dalam menyampaikan maklumat serta menyalurkan maklumat kepada mahasiswa di kampus-kampus di Malaysia. Bergerak atas nama dan dasar persatuan pelajar Islam, namun sebalik topengnya adalah pihak pembangkang seperti PAS, PKR dan ABIM sebagai NGO-NGO yang menerajui persatuan ni.
Korang nak tahu dekat mana terletaknya markas sekretariat PKPIM ni..??
Sekretariat
PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Telefon:
+603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Faks: +603-6184 2285
Emel:
pkpim_spp@yahoo.com
Facebook
: www.facebook.com/pkpimalaysia
twitter: www.twitter.com/pkpim1
Dalam sektretariat ni juga menjadi markas untuk nakib, nakibah dan kepimpinan mahasiswa Islam untuk berkumpul dan bermesyuarat bagi menggerakkan mahasiswa dan program serta aktiviti di kampus. Diorang tak perlu lagi nak masuk-masuk kampus. Usha dari luar je. Salah kene maki. Nakib dan Nakibah yang telah dilatih akan menjadi keldai untuk mentarbiah dan menyampaikan maklumat sampai ke akar umbi.
Surau menjadi tempat diorang menjalankan gerak kerja. |
Kepimpinan mahasiswa persatuan ini juga kerap dilihat di markas PAS dalam apa juga program PAS di Taman Melewar dan juga di rumah DSAI sendiri. Tidak lagi segan silu untuk menyatakan bahawa diorang ni menyokong penuh dasar politik pihak Pakatan Rakyat apabila ditanya, maka, jelas pembawakan persatuan ini lebih kepada mengkeldaikan para mahasiswa untuk terus bersama pihak pembangkang.
Pada Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini juga dilihat peranan PKPIM dalam membantu para mahasiswa Pro Menipu untuk terus bergarak dan menang dalam PRK ni. Mereka tidak perlu lagi masuk ke kampus untuk bermesyuarat atau mengatur gerak kerja, namun, sekretariat ini menjadi pusat penyebaran maklumat dan tempat pertemuan para pemimpin Pro M dalam mengatur gerak kerja PRK. Segala bahan cetak dan makalah disediakan di sekretariat ini bagi memudahkan penyampaian maklumat terus kepada para mahasiswa.
Aku dah lama agak benda macam ni ada, tapi takde sumber lagi. Ni laa yang aku boleh lebelkan sebagai munafik..!!
Akhir kalam dari aku.. Nantikan episod sambungan dari aku..!!