-->

Sebelah Sayap

Friday, 14 September 2012

Ambiga Dan Safwan Anang Bergabung Untuk Jayakan Bersih Kampus


Aku rasa ni OPS2020 version pembangkang pulak kot. Cuma tak nampak lagi siapa yang bersama-sama dengan diorang ni. Safwan Anang memerlukan bantuan dari Ambiga iaitu sifu demo Malaysia untuk menjayakan Bersih Kampus. Boleh ke macam tu..?? haha..

Demo SMM buat sebelum ni mana mampu lagi nak menarik lebih dari 500 orang mahasiswa turun ke jalan. Yang diorang berjaya tarik orang-orang tua yang memang menentang kerajaan, bukannya memperjuangkan hak mahasiswa. Kita tengok kali ni berapa ramai yang turun.

Aku nak tengok mana mahasiswa yang cintakan keamanan dan mana mahasiswa yang cintakan rusuhan. Sekarang ni tak payah sembang Aspirasi Mahasiswa bersama dengan UMNO/Kerjaan, Korang dari awal sampai sudah ni memang bersifukan pembangkang. Budak-budak kecik dan bawahan memang laa tak tahu siapa orang atas diorang, tapi aku tahu siapa orang atas korang laa. Teknik budak Pro-Pembangkang ni sama ja macam Nurul Izzah buat dekat parlimen dia. Cuma watak jer berlainan. 

16 September ni diorang akan buat Himpunan Merdeka Kampus yang bertempat di Dataran Merdeka. Aku duk fikir laa dua tiga kali kenapa diorang memilih tarikh 16 September dan bukan 15 ataupun 17. Kenapa mesti 16 September. Diorang tahu tak tarikh tu bermakna buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya para perjuang kemerdekaan. 

Aku nampak Sifu Safwan Anang ni cuba bermain dengan sentimen dan sensitiviti. Orang ramai akan marah dengan himpunan yang diorang nak buat ni. Tapi sekali lagi aku cakap dekat korang, kita tengok berapa ramai yang akan turun ke Himpunan Merdeka Kampus tu. 

Kalau korang memang betol-betol menjadi pilihan mahasiswa sekarang, korang mampu untuk tarik lebih dari 10 ribu mahasiswa untuk hadir ke Dataran Merdeka. 

EDIKUOP LAKIP SEDIYANTO

Akhir kalam dari aku.. KORANG DAH ROSAKKAN NAMA MAHASISWA DAN KORANG DAH MERENDAHKAN TARAF MAHASISWA DI MATA RAKYAT MALAYSIA.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...