-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 26 September 2012

Malique Sihat Sahaja. Tiada Cancer. #PrayForMalique

Sekarang ini di Twitter & Blackberry Messenger (BBM) sedang kecoh dengan khabar angin pemergian Malique Too Phat.


Tiada pihak yang berjaya mengesahkan khabar angin tersebut ketika ini dan ada kebarangkalian ini hanya rekaan peminat yang ingin Malique Too Phat untuk muncul.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan penulis dan juga penyanyi Teman Pengganti ini menghidap kanser otak yang serius dan tiada sebarang respons daripada pihak beliau.

UPDATE-1: Zuan Azmi daripada program Melodi mengesahkan yang berita kematian Malique Too Phat adalah palsu.

UPDATE-2: Malique khabarnya mengeluarkan satu kenyataan di laman Youtube video muzik Teman Pengganti & menegaskan yang lagu tersebut hanyalah hiburan semata mata — dan beliau tiada kanser otak seperti yang di’dakwa sesetengah pihak.

25 september 2012 – thank you for your prayers but there is a slight problem. nobody is sick, nobody is dead. no cancer, no coffin. this is a fictional song written for black and monkey bone records. everyone involved in the production of this song is pretty much healthy and living happily. stop being over emotional and stop the negative rumors, this is just a song. just enjoy it. cheers, qarma musiq.

Dah Singgah Komen Sikit

Tuesday, 25 September 2012

Edikoup Di Pukul Sehingga Pengsan..!!!


Aku dah agak benda ni akan di mainkan pada saat-saat akhir sebelum masa pengundian berlaku. Cuma apa yang akan dilakukan sahaja aku tidak dapat membacanya lagi.

Ternyata tidak cukup dengam hanya bergelar seorang Islam dan memegang jawatan yang besar dalam satu parti politik student belom mampu untuk menahan EDIKOUP LAKIP SEDIYANTO untuk menipu. Selagi hasrat dan impiannya belom tercapai, aku yakin dia pasti akan menghalalkan cara untuk memastikan matlamatnya tercapai.


So what's next yang kita nantikan telah pon sampai. EDIKOUP LAKIP SEDIYANTO sendiri telah memainkan peranan penting untuk meraih undi simpati daripada mahasiswa. 



Melalui sumber yang boleh dipercayai didapati bahawa EDIKOUP LAKIPN SEDIYANTO akan dipukul oleh segerombolan manusia yang merupakan kawannya sendiri. Siapa lagi yang mampu untuk memukul si Edi ni kalau bukan kawannya sendiri. 

Sebab apa aku boleh cakap macam tu, sebab semasa Bersih Kampus. Saudara EDIKOUP ni dijaga seperti seorang Perdana Menteri. 

Dalam gambar ni je dah berapa orang bodyguard dia.
Beberapa hari yang lepas ketika aku sedang berjalan-jalan disekitar UM, aku dapat melihat saudara Edi berkeliaran di UM dengan di awasi oleh budak-budak gempur mereka. So adalah sukar untuk sesiapa pon menghantar budak untuk bedal si Edi ni.

Apa-apa pon, aku hanya mampu tunggu apa yang akan dilakukan oleh saudara EDIKOUP LAKIP SEDIYANTO ni.

Dah Singgah Komen Sikit

#PRKampus Sila ambil tindakkan ke atas mereka.



Pihak Universiti perlu mengambil tindakkan ke atas pelajar ni. Mereka telah melakukan kesalahan yang nyata iaitu berkempen secara berkumpulan. Bukan setakat tu, aku tengok diorang ni dah tak banyak bawakk isu ma hasiswa tapi lebih kepada isu nasional.

 

Terdapat unsur campur tangan pihak luar dan tiada kaitannya dengan mahasiswa. Apa kaitan isu Royalti ni dengan mahasiswa. Tak dapat royalti maka student tak boleh berubah..??

Korang baca dekat sini lagi untuk tahu siapa yang yang melanggar syarat berkempen.[SINI] dan [SINI]

Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 24 September 2012

Bongkar #PRKampus: PKPIM Alat Pembangkang MengKELDAIkan Pro-Menipu.



Aku ingatkan isu campur tangan politik luar ni ada dalam kalangan Aspirasi Mahasiswa je. Tapi setakat bunyi je laa tanpa bukti yang bagi aku tak kukuh. Aku pun nak jugak laa dedahkan campur tangan pihak luar bagi pergerakan mahasiswa yang menggelar diri mereka Pro-Menipu..!!



Sekretariat PKPIM adalah satu wadah yang bergerak aktif dalam menyampaikan maklumat serta menyalurkan maklumat kepada mahasiswa di kampus-kampus di Malaysia. Bergerak atas nama dan dasar persatuan pelajar Islam, namun sebalik topengnya adalah pihak pembangkang seperti PAS, PKR dan ABIM sebagai NGO-NGO yang menerajui persatuan ni. 

Korang nak tahu dekat mana terletaknya markas sekretariat PKPIM ni..?? 

Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Emel: pkpim_spp@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/pkpimalaysia
twitter: www.twitter.com/pkpim1

Dalam sektretariat ni juga menjadi markas untuk nakib, nakibah dan kepimpinan mahasiswa Islam untuk berkumpul dan bermesyuarat bagi menggerakkan mahasiswa dan program serta aktiviti di kampus. Diorang tak perlu lagi nak masuk-masuk kampus. Usha dari luar je. Salah kene maki. Nakib dan Nakibah yang telah dilatih akan menjadi keldai untuk mentarbiah dan menyampaikan maklumat sampai ke akar umbi.

Surau menjadi tempat diorang menjalankan gerak kerja.
Berasakan dengan modul kepimpinan gerakan Islam untuk mentarbiah para mahasiswa dan juga program kemanusiaan dan aktiviti kemasyarakatan menjadi simbolik kepada persatuan ini lebih dikenali dan juga mudah untuk mereka bergerak menyusup masuk ke dalam kampus. Para mahasiswa mula tertarik dengan cara mereka dan aktiviti mereka namun, pemikiran mahasiswa membawa kepada pemikiran pembangkang dan lebih condrong membawa kepada sokongan pergerakan Islam seperti PAS.

Kepimpinan mahasiswa persatuan ini juga kerap dilihat di markas PAS dalam apa juga program PAS di Taman Melewar dan juga di rumah DSAI sendiri. Tidak lagi segan silu untuk menyatakan bahawa diorang ni menyokong penuh dasar politik pihak Pakatan Rakyat apabila ditanya, maka, jelas pembawakan persatuan ini lebih kepada mengkeldaikan para mahasiswa untuk terus bersama pihak pembangkang.

Pada Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini juga dilihat peranan PKPIM dalam membantu para mahasiswa Pro Menipu untuk terus bergarak dan menang dalam PRK ni. Mereka tidak perlu lagi masuk ke kampus untuk bermesyuarat atau mengatur gerak kerja, namun, sekretariat ini menjadi pusat penyebaran maklumat dan tempat pertemuan para pemimpin Pro M dalam mengatur gerak kerja PRK.  Segala bahan cetak dan makalah disediakan di sekretariat ini bagi memudahkan penyampaian maklumat terus kepada para mahasiswa.

Aku dah lama agak benda macam ni ada, tapi takde sumber lagi. Ni laa yang aku boleh lebelkan sebagai munafik..!!

Akhir kalam dari aku.. Nantikan episod sambungan dari aku..!!

Dah Singgah Komen Sikit

Sunday, 23 September 2012

#PRKUTM : Calon Kehilangan Ibu DiSaat Memerlukan.


Di Saat Si Anak sangat memerlukan sokongan dari ibu untuk meneruskan perjuangan, Si ibu telah pergi buat selamanya. Itulah nasib yang menimpa adik Nur Sabriena Redzelan telah kehilangan Ibu yang tercinta selepas makan bersama petang tadi.

Ibu calon yang datang dari Melaka datang ke UTM semata-mata untuk memberikan semangat kepada Nur Sabriena yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus UTM. Ibu Nur Sabriena telah diserang penyakit asthma selepas termakan makanan alah.

Aku berasa simpati atas apa yang berlaku ke atas adik Nur Sabriena Redzelan. Aku berdoa pada Allah agar  roh ibu-nya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aku harap adik Sabriena kuat dalam mengharungi dugaan yang menimpa. Adik Sabriena perlu lagi kuat untuk menempuh PRK UTM kali ni.

Bukan senang nak berhadapan dengan PRK tanpa sokongan orang tua kita. Aku sendiri dapat merasakan bagaimana sukarnya untuk berdepan masalah apabila tiada sokongan daripada kedua orang tua aku.

Akhir kalam dari aku.. Al-Fatihah buat adik Sabriena di atas pemergian ibunda tersayang.

Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 21 September 2012

Surat Palsu Dari PM Agenda Jijik Pro Mahasewel

Apa kes ni. Dah laa menipu dan sekarang buat fitnah. Aiyoyo. Apa nak jadi dengan Pro Mahasewel yang berteraskan Persatuan Mahasiswa Islam ni. Tidak melambangkan langsung perjuangan korang ni. Aku nampak dari dulu sampai sekarang sama ja. Tak pernah berubah walau sedikit pon. 

Walau ada yang nak berubah bertukar arah ke Aspirasi Mahasiswa pon korang ganyang kaw-kaw, tak usik sikit pon korang tapi korang ganyang macam tak ingat. Saudara Khairul dari UTM dulu kene ganyang kot dalam bilik sendiri. 

Aku tak nampak pon teras perjuangan Pro Mahasewel ni. Basic tu adalah nak memperjuangkan hak mahasiswa dan  menegakkan Islam, tapi yang tak betolnya kenapa mesti dengan cara menipu dan menfitnah. Macam tu ke Islam ajar kita.?? 


Kali ni lebih teruk bila Pro Mahasewel ni  menabur fitnah dengan membuat surat palsu yang dikatakan daripada Presiden UMNO iaitu DS Najib Razak. DS Najib pon pelik macam mana dia boleh pos surat yang dia tak tulis dan arahkan untuk hantar surat tu. Dia pon bukanlah orang yang bodoh nak buat benda-benda macam tu. Dia bukan macam korang yang tahu buat tot tek tot tek. FITNAH dan MENIPU. 

Korang amek contoh mudah petang tadi, Aspirasi UTHM berjaya menang kerana misi dan visi mereka jelas kepada mahasiswa. Bukan misi dan visi yang kabur ditambah pulak dengan campur tangan pihak luar dalam menyelesaikan masalah mahasiswa. Minta dengan puak pembangkang dapat apa..?? Dapat penat bersembang kosong tanpa ada apa-apa laa.

Korang nak tahu lebih lagi tentang kes kebodohan kelompok mahasiswa yang menggelarkan diri mereka ni Pro Mahasewel. Baca dekat [SINI], [SINI] dan [SINI]

akhir kalam dari aku.. Mampuslah kalau semua benda korang nak fitnah.. 

Dah Singgah Komen Sikit

Monday, 17 September 2012

Presiden Pro-Mahasewel Nasional Di Telanjangkan Sedikit Demi Sedikit.


Cantek..!! Tahniah brader jai dengan pembongkaran penipuan saudara EDIKOUP LAKIP SEDIYANTO . Aku sudah lama mengagak perkara ni sebab jika dilihat dari segi tajuk perdebatan pon sudah tidak seimbang dan bukannya bermatlamat untuk mencari solusi tetapi lebih kepada untuk menjatuhkan.


Jika aku lihat pada kali pertama, aku merasakan PENGGERAK MAHASISWA takot kerana tidak berani untuk berdepan dengan PRO MAHASEWEL. Tapi setelah aku baca tajuk debat ni, aku dah dapat rasakan niat busuk puak yang kononnya menegakkan Islam tetapi tindakkan mereka tidak langsung menunjukkan mereka ni Islam.


baca kisah selanjutnya dalam blog brader jai [SINI]

EDIKOUP LAKIP SEDIYANTO HARUS BERTAUBAT.

Akhir kalam dari aku.. HENTIKAN PEMBOHONGAN.

Dah Singgah Komen Sikit

Himpunan Bersih Kampus Agen Membenci Kerajaan.



Aku tak nampak sangat isu mahasiswa yang dibawak dalam himpunan Bersih Kampus yang budak-budak Pro Mahasewel ni buat semalam. Point yang banyak aku nampak adalah Konspirasi UMNO/BN.


Mana pergi isu untuk memperjuangkan mahasiswa..?? Masalah air di UKM yang tidak pernah selesai dan masalah wifi serta kemudahan bas untuk mahasiswa yang membelenggu mahasiswa di UM. Kenapa isu ni tak pernah korang perjuangkan sampai selesai. Berdamping dengan menteri untuk menceritakan masalah-masalah yang ada.

Laungan Hancur Najib, Kezaliman UMNO/BN, apakah kaitan dengan kampus..?? Isu dekat kampus tu bertambun lagi yang belom korang selesaikan. Ada jugak manifesto yang korang tak usahakan. Jangan cakap laa korang ada buat kerja-kerja tu. Kalau dekat UM tu MPM mana buat kerja. Aku tengok sendiri pegawai dekat HEP bising-bising sebab budak-budak MPM tak buat kerja. Ambil surat diorang sendiri dekat opis pon malas.

Dekat UPM, masalah harga makanan yang mahal. Ada sebarang tindakkan tak..?? Aku nampak perjuangan Pro Mahasewel ni hanya sampah. Tak lebih dari tu.

EDIKOUP LAKIP SEDIYANTO

Akhir kalam dari aku.. HIMPUNAN BERSIH KAMPUS SAMPAH.!!

Dah Singgah Komen Sikit

Safwan Anang SMM GAGAL Mengikuti Jejak Ambiga BERSIH



Bertempat diSOGO dan Dataran Merdeka petang tadi, mahasiswa pro pembangkang telah berhimpun dengan misi BERSIH Kampus..perhimpunan td dianjurkan atas kapasiti ingin menunjukkan ketidakpuasan hati mereka kerana pro mahasewel ini acap kali kalah dlm PRK..

Mereka melaungkan hancur UMNO dan Najib kerana beranggapan Najib dan UMNO telah melakukan konspirasi untuk menguasai kampus sejak mereka dalam kandungan lagi..

Mereka sangat sakit hati kerana himpunan Bersih kampus di UM dan UPSI yang lepas telah gagal disebabkan mahasiswa di UM dan UPSI secara menyeluruh telah menolak label Mahasiswa Pro Pembangkang..

Mereka mengugut pemerintah supaya menjalankan PRK dengan adil dan telus sehingga mereka menang barulah dikategorikan adil...

SELANJUTNYA DI SINI

Lepas ni korang nilai pulak video yang bakal aku upload dekat sini. Penipuan yang aku rasa amat memalukan.

EDIKOUP LAKIP SEDIYANTO

Malu dengan Pemimpin Pro Pembangkang.

Dah Singgah Komen Sikit

Friday, 14 September 2012

Ambiga Dan Safwan Anang Bergabung Untuk Jayakan Bersih Kampus


Aku rasa ni OPS2020 version pembangkang pulak kot. Cuma tak nampak lagi siapa yang bersama-sama dengan diorang ni. Safwan Anang memerlukan bantuan dari Ambiga iaitu sifu demo Malaysia untuk menjayakan Bersih Kampus. Boleh ke macam tu..?? haha..

Demo SMM buat sebelum ni mana mampu lagi nak menarik lebih dari 500 orang mahasiswa turun ke jalan. Yang diorang berjaya tarik orang-orang tua yang memang menentang kerajaan, bukannya memperjuangkan hak mahasiswa. Kita tengok kali ni berapa ramai yang turun.

Aku nak tengok mana mahasiswa yang cintakan keamanan dan mana mahasiswa yang cintakan rusuhan. Sekarang ni tak payah sembang Aspirasi Mahasiswa bersama dengan UMNO/Kerjaan, Korang dari awal sampai sudah ni memang bersifukan pembangkang. Budak-budak kecik dan bawahan memang laa tak tahu siapa orang atas diorang, tapi aku tahu siapa orang atas korang laa. Teknik budak Pro-Pembangkang ni sama ja macam Nurul Izzah buat dekat parlimen dia. Cuma watak jer berlainan. 

16 September ni diorang akan buat Himpunan Merdeka Kampus yang bertempat di Dataran Merdeka. Aku duk fikir laa dua tiga kali kenapa diorang memilih tarikh 16 September dan bukan 15 ataupun 17. Kenapa mesti 16 September. Diorang tahu tak tarikh tu bermakna buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya para perjuang kemerdekaan. 

Aku nampak Sifu Safwan Anang ni cuba bermain dengan sentimen dan sensitiviti. Orang ramai akan marah dengan himpunan yang diorang nak buat ni. Tapi sekali lagi aku cakap dekat korang, kita tengok berapa ramai yang akan turun ke Himpunan Merdeka Kampus tu. 

Kalau korang memang betol-betol menjadi pilihan mahasiswa sekarang, korang mampu untuk tarik lebih dari 10 ribu mahasiswa untuk hadir ke Dataran Merdeka. 

EDIKUOP LAKIP SEDIYANTO

Akhir kalam dari aku.. KORANG DAH ROSAKKAN NAMA MAHASISWA DAN KORANG DAH MERENDAHKAN TARAF MAHASISWA DI MATA RAKYAT MALAYSIA.

Dah Singgah Komen Sikit

Agenda Jahat Dari Konvensyen Pro Mahasiswa Nasional.


Ada orang cakap artikel aku buat sampah. Takpa laa apa yang dia nak cakap, cakap laa. Aku tak mampu untuk menutup mulut orang yang bercakap. Tapi dalam post kali ni aku nak ketengahkan Agenda Jahat yang di rancang semasa Konvensyen Pro Mahasewel yang aku lihat macam terdesak gile untuk mendapatkan kemenangan pada PRK kali ni. 

Benda ni aku dapat dari blog Malaysia Bangkit. Agenda Jahat diorang yang dapat di kenal pasti dan satu daripada agenda syaitan tu telah pon bermula dan yang paling penting ianya tidak mendapat sambutan. 
  • BERSIH KAMPUS
  • DEMO PILIHAN RAYA KAMPUS BERSIH. ( tiru idea keling gila laa tue )
  • MENUNTUT KPT MENGAMBIL TINDAKAN ATAS SEGALA TUNTUTAN BERSIH KAMPUS
Kalau aku mudah je, aku akan pilih orang yang boleh buat kerja dan membuatkan aku senang. Aku bagi situasi mudah, korang ada orang gaji dan orang gaji korang tak buat kerja. Dah laa tak buat kerja, diorang marah-marah korang sebab buat sepah rumah. Korang nak ke orang gaji macam tu.

Sama laa macam MPMUM sesi lepas, mana ada buat kerja pon. Aku tengok bilik MPM sikit punya kotor laa. Bersepah..!! Tak Kemas..!! Kalau bilik diorang tak mampu nak uruskan korang ingat mampu ke diorang nak uruskan hal mahasiswa lain..?? 

Korang tunggu entri lepas ni yang akan aku ceritakan pasal korang punya ketua kesayangan yang baru..

EDIKOUP LAKIP SEDIYANTO

Akhir kalam dari aku.. AKU CAKAP BUKAN PASAL AKU KISAH SANGAT SIAPA YANG AKAN PEGANG MPM DEKAT MANA-MANA UNIVERSITI. YANG AKU KISAH KORANG LAA YANG AKAN TERBEBAN DENGAN BANYAK MASALAH.

Dah Singgah Komen Sikit

Thursday, 13 September 2012

Pro-Mahasiswa UM Dapat Support Dari Luar.

Dengar citer budak-budak Pro Mahasiswa UM tengah masyuk sekarang ni. Ada sponsor besar dari luar. Nampak mewah semacam je aku tengok. Siap boleh buat road show lagi. Dengar citer road show ni sampai  Pilihan Raya Kampus. Banyak betol duit. Sekali pandang dah macam sama dengan road show Anwar Ibrahim. Bezanya Anwar guna BAS duit rakyat dan Pro-M guna duit mahasiswa..EH..??? haha..Assumption aku je.. Mana dapat funding untuk diorang buat road show..?? 



Mana laa agak-agaknya diorang dapat duit untuk buat road show ni. Bukan setakat kereta, malah dari sumber yang boleh dipercayai diorang menggunakan motosikal jugak untuk buat road show ni. HaHa. Mewah betol. 

Tapi aku rasa lantak laa dari mana diorang dapat dana untuk buat road show ni, yang penting sekarang ni apa yang aku nampak apa yang diorang ni buat dah salah. Diorang dah dikira macam berkempen. Mana adil macam ni. Diorang ni jugak dah start memperkenalkan calon diorang dekat mahasiswa UM. 



Yang aku peliknya bukan apa, korang ingat tak apa tuntutan diorang yang bagi dekat Datuk Dr Rohana, timbalan hal ehwal pelajar. Tuntutan no 5 diorang:-


KEMPEN BEBAS- TEMPOH KEMPEN SELAMA 5 HARI KULIAH, LOKASI KEMPEN BEBAS DAN MEKANISMA KEMPEN YANG TIDAK TERHAD.

Lawak apa yang diorang buat ni..???!!! Diorang dah start berkempen dan diorang bebas berkempen diseluruh kampus dan diorang nak minta apa lagi..??? Aku nampak diorang ni macam kurang sikit guna otak sebab minta benda yang diorang dah buat. 

Senang citer aku nak cakap diorang ni sama je macam TAPIR. Malu jugak aku dengan budak-budak 
Pro-M nie, belajar dekat universiti yang termasyur dekat Malaysia tapi bodohnya tuhan je laa yang tahu. Ni laa orang selalu cakap.. "CAKAP TAK SERUPA BIKIN".. Kalau aku laa yang jadi budak UM malu aku.. Ada ka nak jadikan orang yang bodoh sebagai ketua. Korang nak ke pilih orang yang bodoh untuk jadi ketua.,??

Akhir kalam dari aku.. KORANG ADA OTAK KORANG FIKIR..!!

Dah Singgah Komen Sikit

Saturday, 8 September 2012

PRK UM KOTOR. Tapi PRK Belom Mula Lagi. Macam mana?


hamboiii.. macam ni ke sikap sebagai orang Islam. Berprasangka buruk. Bagaimana Pro-M boleh menjangkakan PRK kali ini yang amat kotor sedangkan kebanyakkan mahasiswa sedang menghabiskan cuti mereka. 

Mat tengok takde pon apa-apa yang berlaku dekat UM. Takde pon demo sana-sini. Mat tengok dekat UM aman tenteram. MHS pon berjalan lancar. Budak-budak happy je dengan perjalanan MHS. Mana sumber yang menyatakan PRK kali ini mungkin yang amat kotor. Mana sumber korang..?? 

OPS 2020..?? Takda sorang pon respon dengan apa yang korang dedahkan. Mungkin tu agenda korang. Korang mampu culik budak sendiri, upah orang untuk letak kepala babi dekat kampus, pecah pintu. Takkan laa nak buat statement yang mudah macam tu korang tak mampu kan,.?? 

Mat nak tengok PRK kali ni berjalan lancar ataupun tak. Bersih atau pun tidak. Tapi kalau korang kalah korang akan cakap PRK tak bersih.. Tapi kalau korang menang korang akan cakap yang memang korang kuat untuk menang. Banyak sangat laa dalih korang ni.

Akhir kalam dari Mat.. UBAH LAA SIKAP PRAJUDIS TU.

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...