-->

Sebelah Sayap

Saturday, 28 September 2013

Kenaikan Harga Minyak. #Alert

Kerajaan akan menimbang untuk mengeluarkan kenyataan berkala tentang sebarang perubahan mengenai subsidi bahan api bagi mengelak spekulasi mengenai kenaikan harga petrol.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, tindakan ini akan diambil bagi mengelak timbulnya spekulasi mengenai kenaikan harga minyak oleh sesetengah pihak.

"Kalau ada permintaan supaya kita buat berkala (kenyataan), kita akan usahakan sebab kita ini kerajaan yang berlandaskan sokongan rakyat. Kalau perlu, kita akan keluarkan kenyataan dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasan Malek berkata demikian ketika mengulas serta menafikan penyebaran maklumat kononnya harga minyak RON95 naik sepuluh sen kepada RM2.20 seliter tengah malam ini.

Beliau berkata, akibat penyebaran maklumat palsu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan pembelian panik di stesen-stesen petrol hari ini.

"Sebenarnya, saya menghadiri mesyuarat Kabinet pagi tadi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun kita tidak bincang pun soal harga minyak naik kali ini.

"Oleh sebab itu, saya sebagai Menteri, menafikan spekulasi itu, malah kecewa kerana masih ada segelintir orang yang hendak buat cerita tak betul ini.

Bagi saya, mereka ini berniat jahat,” katanya sambil meminta perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dihentikan. - Bernama


Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...