Perintah reman terhadap remaja yang tidak lagi bersekolah dan menganggur itu, dibenarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V Kanasan, kira-kira 12 tengah hari tadi.
Pada kejadian kira-kira 8 pagi semalam, Koperal Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dan mati, setelah bergelut dengan suspek di tempat kejadian, di Taman Teknologi Cheng di sini.
Suspek yang melarikan diri selepas pergelutan itu, ditahan di,Krubong di sini, pada pukul 10.50 pagi semalam. - Bernama