-->

Sebelah Sayap

Monday, 23 September 2013

UMNO Untuk Siapa? @NajibRazak @KhairyKj @TunFaisal

Siapa yang sebenarnya layak untuk bertanding dalam pemilihan UMNO?


Adakah UMNO adalah satu parti yang mengamalkan nepotisme? Hanya memilih kepimpinan melalui pertalian darah. Ketua Bahagian memilih anak bini untuk mengisi tempat kosong dalam bahagian dan cawangan supaya kuasa memimpin tidak jatuh ke tangan orang lain.

Apa gunanya pemilihan yang bakal dijalankan jika semua jawatan diperingkat cawangan, bahagian atau nasional diatur mengikut salasilah keluarga dan kawan-kawan rapat? Di mana tempat untuk ahli parti yang lain yang mempunyai potensi yang tinggi untuk menggalas jawatan dan melaksanakannya? Adakah Ketua Bahagian, Cawangan mempunyai kuasa penuh untuk memilih siapakah yang bakal mengisi jawatan dalam organisasi parti?

Tiada istillah demokrasi dalam parti jika semuanya telah diatur. Demokrasi dalam parti telah mati jika perkara seperti ini berlaku. UMNO mungkin tiada beza dengan DAP dalam pemilihan CEC jika amalan ini berlaku. Jangan sampai apa yang kita lempar dekat orang, kene balik dekat kita. MALU BESAR TAK MEMASAL nanti.

Jika amalan seperti ini diteruskan percayalah bahawa UMNO tidak akan kekal lama dalam kancah politik negara dan tidak mampu untuk mempertahankan tampok pimpinan negara serta tunjang kekuatan kepada Barisan Nasional.

Pilihlah calon yang mampu untuk bekerja dan bukan calon yang hanya tahu untuk mengisi tempat kosong jawatan sedia ada dalam parti hanya  untuk memastikan jawatan penting dalam parti dalam bahagian atau cawangan tidak terlepas daripada salasilah keluarga.

Calon yang mampu untuk bekerja WAJIB diambil untuk mengisi ruang kosong dalam UMNO bagi memastikan gerak kerja untuk menghadapi Pilihanraya Umum akan datang. Jangan bazirkan setiap peluang yang ada dalam parti untuk calon yang hanya tahu mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk berkhidmat membanting tulang keringat untuk rakyat.

Konsep "Meremajakan UMNO" harus disokong dengan usaha sebenar. Dalam kata erti lain kita memerlukan dasar perjuangan UMNO yang perlu diperbaharui dan bukannya orang muda dengan jiwa lama. UMNO perlu di"remaja"kan melalui perjuangan dan bukannya orang yang memimpin.

Sedarlah wahai pemimpin UMNO, kita bawa orang yang mampu membanting keringat untuk berbakti kepada rakyat dan bukan orang yang akan memusnahkan UMNO dengan tidak melakukan apa-apa usaha untuk menaikkan kembali maruah UMNO apatah lagi untuk membantu rakyat.

P/S: Sokongan penuh lagi padu kepada Tun Faisal, Dato Razali Ibrahim, Reezal Marican sebagai Majlis Tertinggi UMNO. Inilah pejuang yang akan MEREMAJAKAN UMNO!!



Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...