-->

Sebelah Sayap

Wednesday, 18 September 2013

Idris Haron Umum Pertahankan Kerusi Majlis Tertinggi UMNO

Idris Haron bersaing untuk kerusi MT UMNO

Nampaknya persaingan untuk Majlis Tertinggi UMNO tidak kurang hebatnya apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron mengumumkan akan bertanding untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti pada Oktober ini.

Dia mengambil masa yang lama untuk menyatakan hasratnya untuk mempertahankan jawatan itu kerana dia memerlukan masa untuk menentukan kewajaran dia untuk mempertahankan jawatan yang dimenanginya bagi penggal 2008-2011 itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata beliau membuat keputusan itu demi kelangsungan dan kesinambungan perjuangan mengekal dan memperkukuhkan kedudukan Melayu dan Islam di bawah parti Umno. 
"Saya menyerahkan sepenuh harapan agar menerima sokongan dan dukungan tanpa belah bahagi daripada kira-kira 146,000 perwakilan supaya menjadi sumber kekuatan pemikiran, hati dan emosi saya untuk meneruskan usaha dan perjuangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, Rabu. 
Ditanya mengapa beliau lewat menyatakan hasratnya itu, Idris berkata beliau memerlukan masa untuk menentukan kewajaran mempertahankan jawatan dimenanginya bagi penggal 2008-2011 itu. 
Katanya beliau telah membuat pertimbangan dari segenap sudut termasuk aspek duniawi dan ukhrawi sebelum mengambil keputusan mempertahankan jawatan tersebut. 
"Ia bukan jawatan yang kecil dan bukan satu yang boleh kita anggap ringan. Bila kita dipilih, saya tahu amanah dan tanggungjawab amat besar dan semua ahli Umno akan menumpukan perhatian kepada saya sama ada saya berupaya atau tidak untuk menyambung perjuangan yang dibawa oleh datuk nenek moyang kita supaya dapat dilepaskan kepada generasi di masa hadapan," katanya. 
-- BERNAMA

 

Dah Singgah Komen Sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...